Minum air putih atau air kosong ni wajib ke? Sebenarnya taktahulah wajib ke tidak, tapi bagi pendapat Atul, minum air putih atau air kosong ni sangat perlu. Nak tau kenapa? Sebab... Mmm... banyak sebab sebenarnya
Sebab pertama kenapa perlu minum air putih kerana badan kita sendiri sangat memerlukan air putih. Tujuannya untuk mengelakkan badan dehidrasi. Secara mudahnya nak elak badan kita kurang air. Sebab kalau badan kurang air, macam-macam efek tak baik akan kita dapat seperti badan lesu, pening, cepat mengantuk, sembelit, kulit kering dan banyak lagi. Jenuhlah kalau nak tulis semuanya.
Sebab kedua, dengan minum air putih ni kita dapat lancarkan sistem pencernaan tubuh kita. Secara tak langsung, dapat elak sembelit. Sakit oooo sembelit, silap-silap boleh buasir. Naya kalau kena, perit! Jadi, bila badan cukup air, barulah sistem pencernaan kita berfungsi dengan baik. Maksudnya melancarkan buang air besar. Kesannya nafas tidak berbau, perut tak buncit, najis lembut, toksin ikut keluar sekali, sekaligus menjadikan usus kita sihat. Bila usus sihat, badan pun sihat
Sebab ketiga, mestilah faktor cuaca. Terutamanya ketika cuaca panas. Pada waktu ini, silap-silap tubuh sangat memerlukan minum air putih secukupnya kerana pada waktu ini, penghasilan peluh lebih aktif, dan badan akan cepat kehilangan air. Jadi, untuk elakkan badan kurang air, hendaklah minum air putih secukupnya
Seterusnyaa... Eh cukuplah 3 sebab utama kenapa perlu minum air putih atau air kosong ni ya. Tapi sebelum penutup, Atul nak kongsikan beberapa manfaat air putih
MANFAAT AIR PUTIH
✓ Cegah badan kering atau dehidrasi
✓ Bantu kerja buah pinggang dan elak penyakit ginjal
✓ Bantu jaga kulit supaya lembab dan sihat
✓ Membantu meningkatkan tenaga harian
✓ Membantu kawal berat badan
✓ Bantu kekal bentuk badan yang cantik
✓ Bantu mengawal selera makan
✓ Membantu mengawal minda agar lebih fokus
✓ Melancarkan buang air besar dan cegah sembelit
✓ Menjaga kesihatan sendi dan otot
✓ Air mengurangkan pembentukan batu karang
Banyakkan manfaat air putih yang kita dapat bila minum secukupnya? Agaknya lepas ni nak minum air putih secukupnya tak? Atau masih tak mahu amalkan minum air putih?
Ya lah, rata-rata komen Atul baca, kalau minum air putih banyak mesti kerap pergi tandas. Rasa leceh. Terutamanya bila keluar jalan-jalan, sedang bekerja atau ada urusan.
Sebenarnya tak kira minum air apa pun, kalau terlebih minum mesti pergi tandas kan? Jadi nak bagi alasan apa lagi tak nak minum air putih? Hehe
Macam ni lah, kalau nak mula minum air putih, jangan lah minum banyak sekaligus. Sebab sukatan yang dicadangkan oleh pakar secara umumnya adalah sebanyak 8 gelas sehari atau sebanyak 2 liter sahaja. Kalau nak tahu lagi, 2 liter tu sebenarnya kena minum dari mula bangun tidur sampai lah nak tidur malam semula. Begitulah setiap hari. Tapi 2 liter air yang perlu diminum itu bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air putih suam atau suhu bilik.
Eh sekejap, betul ke kena minum 2L air putih sehari? Macam mana cara pengambilannya ya?
Kalau nak tahu betul ke tidak kena ambil 2L air putih sehari, jom baca entri seterusnya pula.


Air putih penting menbantu organ-organ dalaman kita..SA pun kemana-mana x tinggal air putih..sesekali je minum manis...air putih pun boleh turunkan berat badan..
ReplyDeleteBanyak manfaat minum air kosong.
ReplyDelete