Ramai yang menghadapi masalah sakit sendi dan lutut. Faktor usia merupakan salah satu penyebab kesihatan sendi lutut terjejas. Oleh itu, anda perlu memelihara kesihatan sendi lutut dan berikut terdapat beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk pastikan kesihatan lutut terpelihara
Lima Tips
Memelihara Kesihatan Sendi Lutut
Regangan
Kuatkan
otot-otot di sekitar lutut dengan melakukan aktiviti regangan. Lakukan regangan
pada paha belakang, betis dan paha depan. Aktiviti terhadap otot-otot ini boleh
mengurangi rasa sakit sendi di lutut. Selain itu, lakukan juga gerakan seperti
menarik kaki ke belakang punggung dan gerakan lain bagi melatih otot-otot
tersebut
Berikut merupakan contoh senaman sendi lutut yang boleh anda amalkan. Senaman ini telah disediakan oleh, Unit Fisioterapi Hospital Sultanah Nora Ismail
Berikut merupakan contoh senaman sendi lutut yang boleh anda amalkan. Senaman ini telah disediakan oleh, Unit Fisioterapi Hospital Sultanah Nora Ismail
Kalsium
Makan makanan yang banyak mengandungi kalsium boleh membantu mengurangi dan mencegah sakit sendi lutut. Makanan yang kaya dengan kalsium adalah seperti badam, kacang pis, oren, bayam, kacang buncis, ikan salmon dan produk tenusu terutamanya yogurt dan susu skim
Baca juga: 30 Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Berat
badan berlebihan atau obesiti boleh membebankan sendi-sendi pada lutut yang
akhirnya menyebabkan ketegangan dan nyeri. Hindari makanan yang diolah serta
makanan yang tinggi lemak.
Baca juga: 6 sebab kenapa perlu kurus
Baca juga: 6 sebab kenapa perlu kurus
Olahraga
Bagi memelihara berat badan dan kesihatan, lakukan olahraga secara rutin, sekurang-kurangnya 20 minit sebanyak tiga kali seminggu. Olahraga banyak memberi manfaat terhadap kesihatan tubuh seperti bantu meningkatkan metabolisme. melancarkan peredaran darah, nyahtoksin, menurunkan berat dan menjadikan jantung lebih sihat. Olahraga juga membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kepercayaan diri. Secara amnya, olahraga
Mengikut Hordan Metzal MD, dalam buku yang bertajuk "The Exercise Cure" menyatakan "Terdapat berjuta orang menderita dengan pelbagai jenis penyakit, ada yang ringa, ada juga yang kronik, ada yang berisiko, dan ada yang dari ringan menjadi teruk disebabkan kekurangan melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan sehari"
Oleh itu, pilihlah olahraga yang bersesuaian dengan kemampuan diri agar dapat dilakukan dengan rasa gembira tanpa paksaan yang boleh membahayakan diri.
Zaman sekarang, kita banyak terdedah dengan pelbagai pencemaran dan faktor yang boleh mengganggu kesihatan diri termasuk terhadap kesihatan sendi lutut. Kebanyakan individu masa kini mempunyai masa terhad dan agak sibuk sehingga kadang-kala mengabaikan kesihatan diri
Oleh itu, untuk memastikan kesihatan sendi lutut terpelihara dan secara tidak langsung mencegah daripada berlaku masalah sendi lutut, pengambilan makanan tambahan dalam diet harian amatlah diperlukan. Antara suplemen atau makanan tambahan yang boleh diambil untuk memastikan kesihatan lutut terpelihara adalah suplemen yang kaya dengan nutrisi seperti:
Oleh itu, untuk memastikan kesihatan sendi lutut terpelihara dan secara tidak langsung mencegah daripada berlaku masalah sendi lutut, pengambilan makanan tambahan dalam diet harian amatlah diperlukan. Antara suplemen atau makanan tambahan yang boleh diambil untuk memastikan kesihatan lutut terpelihara adalah suplemen yang kaya dengan nutrisi seperti:
- Kalsium
- Vitamin B
- Asid Lemak Omega 3
- Kolagen
- Resveratrol, sebastian polifenol
Secara tidak langsung, kesihatan tubuh juga turut terjaga.
Jadi, untuk mengetahui suplemen apa yang mengandungi kelima-lima nutrisi diatas dan bagaimana suplemen tersebut membantu memelihara kesihatan sendi lutut anda, boleh klik gambar di bawah ni.
Semoga perkongsian ini, dapat memberi manfaat buat kita bersama. Terima kasih ;)
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)