LUTUT adalah anggota yang sangat penting buat manusia. Lutut merupakan salah satu sendi terbesar dalam tubuh. Lutut manusia merupakan organ tubuh yang menyokong hampir keseluruh berat badan manusia. Terutamanya ketika anda berjalan, berlari, melompat, atau melakukan pelbagai aktiviti. Maka, tidak hairanlah kenapa lutut mudah mengalami kecederaan.
Oleh sebab itu, memelihara kesihatan sendi lutut adalah amat perlu. Jika
lutut tidak di jaga dengan baik, pelbagai risiko akan muncul walaupun masih
dalam usia muda.
Berikut merupakan
cadangan nutrisi dan jenis vitamin Shaklee yang boleh membantu anda memelihara
kesihatan sendi lutut.
Kalsium
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Kekurangan
kalsium akan menyebabkan tubuh berisiko mengalami pelbagai penyakit, antaranya
seperti gangguan terhadap kesihatan sendi lutut. Kajian
menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan
tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.
Manakala magnesium pula diperlukan untuk
mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium
dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.
Walaupun ramai orang mengambil sumber kalsium setiap hari, tetapi
pengambilan sumber magnesium masih tidak mencukupi dan ada juga yang tidak disertai
dengan vitamin D.
Sebenarnya, “pemilihan sumber kalsium terbaik adalah yang mengandungi kalsium, magnesium & vitamin D. Ketiga-tiga nutrien ini bekerjasama dalam menggalakan penyerapan ke dalam tubuh kita" (Sumber: The Real Vitamin & Mineral Book)
Oleh itu,
untuk mendapatkan sumber kalsium terbaik, anda boleh mengamalkan Ostematrix.
Ostematrix mengandungi mengandungi 7 nutrisi lengkap seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Zink, Mangan dan kuprum yang diperlukan oleh tubuh:
Ostematrix mengandungi mengandungi 7 nutrisi lengkap seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Zink, Mangan dan kuprum yang diperlukan oleh tubuh:
Ostermatrix juga berfungsi untuk
- Membantu mengekalkan kesihatan tulang
- Membantu mengekalkan kesihatan sendi lutut
- Membantu menguatkan tulang dengan meningkatkan ketumpatan tulang
- Membantu memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot
- Membantu mengurangkan risiko masalah arthritis.
Harga OsteMatrix: RM61.25 / 120 biji
Baca: Info tentang Ostematrix
Vitamin B
Vitamin B terlibat dalam banyak proses biologi yang
terdiri daripada pengeluaran sel darah merah, penjanaan tenaga dan saraf yang
betul dan fungsi otot.
Kekurangan vitamin
B12 boleh menyebabkan keletihan, kesulitan kognitif, kerosakan saraf dan
anemia.
Vitamin B12
membantu dengan pelbagai masalah dan kekurangan, termasuk kesakitan sendi pada
penghidap arthritis. Vitamin B12 adalah salah satu daripada lapan vitamin B.
Berikut adalah
tiga cara vitamin B12 membantu orang dengan sakit sendi dan arthritis.
- Menurut Livestrong, vitamin B12 adalah penting untuk tubuh menghasilkan sel-sel darah merah yang baru dan sihat, yang membantu dalam pertempuran melawan anemia yang banyak mengalami penghidap arthritis rheumatoid
- Kekurangan vitamin B adalah lazim bagi mereka yang mempunyai arthritis rheumatoid. Dengan mengambil lebih daripada itu, pesakit boleh melawan radikal bebas yang merosakkan sel dan menyumbang kepada masalah seperti itu, kata WebMD.
- Sesetengah penyelidikan menunjukkan suntikan vitamin B12 dapat membantu mengurangkan bursitis, yang mana ia merupakan keradangan yang berlaku pada bahagaian sendi, yang disebut bursa. Kesakitan sedemikian berlaku di pinggul, lutut, siku, bahu, dan juga tumit.
Vitamin B yang
bagus adalah yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Anda boleh dapatkan sumber
vitamin B daripada B-Complex Shaklee.
B-Complex Shaklee lengkap dengan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Malah, ianya mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien kritikal iaitu asid folik. Ini yang membezakan B-Complex Shaklee dengan jenama vitamin B lain yang berada di pasaran.
B-Complex Shaklee lengkap dengan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Malah, ianya mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien kritikal iaitu asid folik. Ini yang membezakan B-Complex Shaklee dengan jenama vitamin B lain yang berada di pasaran.
B-Complex
dikenali sebagai vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang
pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu
menenangkan dan melegakan tekanan akibat sakit sendi lutut serta membantu dalam
melancarkan peredaran darah.
Harga B-Complex Shaklee: RM58.75 / 120 biji
Asid Lemak
Omega 3
Asid lemak
Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong
fungsi tubuh.
Minyak ikan
adalah satu bentuk asid lemak yang berasal dari tisu ikan yang berminyak. Ia
mengandungi asid lemak omega-3, termasuk asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid
docosahexaenoic (DHA).
EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi, terutamanya dibahagian lutut.
Omega-3 juga
memainkan peranan penting dalam:
- Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
- Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
- Mengurangkan keradangan dengan menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam arthritis
- Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi berkeriut serta bergerak dengan lancar.
- Menggalakkan badan mengeluarkan cecair yang membantu mengawal keradangan
- Mengurangkan kekakuan yang disebabkan oleh keradangan pada bahagian yang berlaku arthritis rheumatoid,
Untuk dapatkan sumber asid lemak omega yang lengkap dengan EPA dan DHA,
anda boleh amalkan Omega Guard Shaklee.
Minyak ikan Omega Guard berfungsi
- Melambatkan degradasi tulang rawan
- Membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi lalu membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
- Bertindak sebagai pelincir sekaligus membantu anda bergerak dengan lebih bebas dan lancar tanpa rasa sakit.
“Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja”
Kolagen
Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung dalam badan yang memainkan
peranan penting dalam memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung,
seperti tulang rawan, tulang, tendon, ligamen dan kulit. Walaupun
kolagen sangat dikenali untuk kecantikan kulit, namun kolagen juga
sangat memainkan peranan penting terhadap kesihatan sendi lutut.
Kekurangan kolagen akan mengakibatkan tulang lutut lebih besar daripada
rangka lutut sehingga keradangan lutut terjadi. Sekaligus akan menyebabkan sakit
sendi lutut berlaku
Antara fungsi kolagen
terhadap sendi adalah:
- Memberi keselesaan terhadap sendi
- Menjaga rangka lutut
- Memelihara tulang rawan daripada terhakis
- Melancarkan pergerakan sendi lutut agar lebih selesa dan lancar.
- Menguatkan tulang lutut
- Kolagen bertindak meningkatkan fleksibiliti tulang dan sendi.
Sumber kolagen yang
boleh anda amalkan untuk memelihara kesihatan sendi lutut anda adalah Shaklee
Collagen Plus Powder (SCP)
Collagen
Powder membekalkan
kolagen premium 4,000mg Red Snapper Scales Collagen, yang sangat cepat diserap
oleh tubuh.
Shaklee Collagen Powder juga menyediakan molekul yang kecil iaitu sebanyak 1000 dalton. Molekul kecil ini mempunyai penyerapan yang lebih tinggi dan memiliki kadar penyerapan paling optimum.
Shaklee Collagen Powder juga menyediakan molekul yang kecil iaitu sebanyak 1000 dalton. Molekul kecil ini mempunyai penyerapan yang lebih tinggi dan memiliki kadar penyerapan paling optimum.
Kadar penyerapan yang maksima ke dalam tubuh sangat membantu proses baikpulih tulang rawan, otot dan ligamen pada lutut yang tidak sihat, sekaligus beri kelegaan pada sakit lutut tanpa sebarang kesan sampingan.
Harga Kolagen Shaklee: RM298 / 15 sachet
Baca :
Resveratrol (sebatian
polifenol)
Resveratrol yang mengandungi sebatian Polifenol merupakan sumber yang
kaya dengan antioksidan.
Resveratrol,
sebatian polifenol, adalah sumber yang kaya dengan antioksidan dan kuat dengan
ciri-ciri anti-radang yang luar biasa. Keradangan dan kesakitan memainkan
peranan penting dalam patogenesis osteoartritis lutut (OA) dan boleh menyebabkan
kerosakan tisu dan morbiditi.
Kajian dalam
Journal Medicinal Food (2018) mendapati Resveratrol mungkin merupakan pilihan
"tambahan" yang berkesan dengan meloxicam dalam rawatan pesakit
dengan lutut sederhana hingga sederhana OA.
Sumber: Journal of Medicinal Food
Cara paling
mudah untuk dapatkan nutrisi yang mengandungi Resveratrol, sebatian Polifenol
adalah dengan mengamalkan Vivix.
Campuran Sempurna Polifenol daripada botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu, telah memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel.
Baca: Ramuan Vivix
Campuran Sempurna Polifenol daripada botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu, telah memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel.
Baca: Ramuan Vivix
Terdapat
banyak kajian klinikal dan sains telah merekodkan bagaimana Resveratrol, sebatian polifenol dapat
memberi kesan positif kepada sel-sel di dalam badan kita.
Resveratrol,
sebatian Polifenol yang terkandung dalam Vivix dapat membantu:
- Membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan bahagian sendi lutut
- Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi lutut.
Baca: Info tentang Polifenol
Seterusnya mengekalkan penyelengaraan yang baik pada sendi normal juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah faedah yang positif daripada segi;
Seterusnya mengekalkan penyelengaraan yang baik pada sendi normal juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah faedah yang positif daripada segi;
- Membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi lutut
- Melancarkan pergerakkan dibahagian sendi lutut
- Mengurangkan kekakuan (Stiffness) dan ketegangan dibahagian sendi lutut
- Mengurangkan rasa ketidakselesaan di bahagian sendi lutut
Kandungan Elderberi Eropah yang terdapat di dalam Vivix juga
digunakan secara tradisional untuk mencegah dan membantu masalah arthritis.
Minuman botani lazat
ini lebih sesuai dan mudah diambil
terutama mereka yang sudah berumur.
Harga Vivix: RM475 / 150 ml
Baca juga:
Cara Vivix Bertindak
Kebaikan Vivix
Harga Vivix: RM475 / 150 ml
Baca juga:
Cara Vivix Bertindak
Kebaikan Vivix
Sayangilah lutut anda, lutut yang sihat membantu melancarkan serta memudahkan pergerakan anda. Namun, jika kesihatan lutut mula terjejas, aktiviti harian anda juga turut terjejas. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Berminat untuk dapatkan cadangan vitamin Shaklee untuk pelihara kesihatan sendi lutut anda?
Untuk dapatkan ebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli! (Klik Disini) atau anda juga boleh hubungi Atul dengan klik gambar di bawah ini
----------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)