“vivo sentiasa berusaha untuk membangunkan industri teknologi dan menginginkan keluaran telefon pintar kami sentiasa mampu untuk memberi yang terbaik kepada para pengguna. vivo V29 5G ini telah kami tambah baik pada ciri utamanya iaitu Aura Light 2.0 dan juga bentuk yang cantik sesuai untuk anak muda masa kini, kami mengharapkan vivo V29 5G ini akan memberi ruang kepada pengguna untuk menikmati setiap saat yang indah dan dengan V29 5G mereka tak akan terlepas untuk merakam momen indah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Tentang vivo V29 5G
vivo, sebuah syarikat teknologi yang terunggul, telah melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G. Potret Aura Light 2.0 merupakan ciri utama bagi vivo V29 5G, didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black, diinspirasikan oleh langit malam yang disinari bintang. Dilengkapi dengan ciri kamera 50MP beserta ultra-sensor, 512GB stor penyimpanan, paparan skrin 120Hz 1.5K AMOLED, 80W pengecasan dan banyak lagi ciri yang hebat pada telefon pintar keluaran terbaru vivo, iaitu vivo V29 5G.
Dilengkapi dengan potret Aura Light 2.0 dan pengubahsuaian suhu warna
pintar (smart colour Temperature Adjustment), rekabentuk yang menarik dan
ciri ciri telefon yang canggih, Vivo V29 5G adalah sebuah telefon pintar
yang sesuai bagi penggemar teknologi dan pengamal gaya hidup
moden.
Ciri-ciri vivo V29 5G
Beliau menambah, "Menuju ke masa hadapan, kami tetap akan konsisten dalam
komitmen kami untuk terus berada dalam inovasi telefon pintar bagi sentiasa
memastikan pengguna kami menikmati pengalaman yang unggul."
Perkayakan kehidupan seharian dengan potret Aura Light 2.0
Ciri Aura Light 2.0 yang bersaiz diameter 16.5 mm pada vivo V29 5G
mendorong kepada kepentingan cahaya dalam hasil fotografi, ciri kamera dan
Aura Light merupakan ciri utama pada siri V keluaran vivo. Menciptakan tiga
dimensi kesan cahaya, menghapuskan bayang bayang dan memberikan pengalaman
seperti di dalam studio. 36 peratus peningkatan pada tahap pencerahan
berbanding dengan model yang sebelumnya dan memastikan shot yang lebih
fokus. Selain itu, vivo V29 5G boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran
dan keadaan warna yang berbeza. Dengan hanya satu sentuhan, ia boleh
menyerlahkan subjek walaupun dalam keadaan lampu yang malap. Menghasilkan
karya yang terang, jelas, potret yang indah dan keadaan alam sekitar yang
menawan dalam setiap shot yang diambil melalui vivo V29 5G.
Kamera hadapan yang mempunyai 50 MP dan fokus secara automatik membolehkan
pengguna untuk mengambil gambar selfie, dengan kecanggihan kamera beserta
92° sudut luas mampu mengimbangi dan mengelakkan distorsi pada gambar
samada secara berkumpulan atau berseorangan. novasi ini adalah bukti usaha
dari vivo untuk memastikan pengguna vivo sentiasa berpuas hati semasa
menggunakan vivo V29 5G.
vivo V29 5G juga menitikberatkan tentang pengambilan foto dan video pada
waktu malam. Dengan vivo V29 5G, ia bakal mempersonakan penggunanya dengan
kebolehan merakam momen indah pada waktu gelap terutamanya pada waktu malam.
Ciri Video Ultra Stabil yang disokong oleh OIS dan EIS, memastikan
pergerakan yang minimal dan shot yang jelas. Dengan lebih 1,000 kestabilan
dan 10,000 kestabilan dalam pergerakan untuk setiap saat. Selain itu, ciri
Super Night Video disokong oleh algoritma adegan malam yang cemerlang dan
keupayaan penstabilan yang kuat, semuanya dapat menyelesaikan masalah ketika
merakam video dalam keadaan cahaya rendah. Dengan kata lain, vivo V29 5G
membolehkan gambar malam bersinar cerah dan menangkap butiran yang luar
biasa dengan kecantikan yang tiada tandingannya.
Mentakrifkan keanggunan dengan gaya yang terkini
Warna-warna vivo V29 5G adalah warna yang diinspirasikan oleh langit yang
disinari bintang terutamanya warna Starry Purple. Teknik Inovatif 3D Starry
Craft membolehkan penciptaan penampilan ungu berkilauan dengan menawan,
manakala permainan cahaya pada panel belakang memastikan bahawa ia sentiasa
bersinar seperti langit malam dengan sinaran bintang.
Bagi warna Noble Black, ia menunjukkan keanggunan dan gaya yang moden dan
mengikut tren yang terkini, dengan adanya teknik skala-nano yang memberikan
ketahanan dan tahan kotor pada kilauan yang terukir.
Paparan skrin yang hebat dalam sejarah siri V
Siri vivo V29 5G menampilkan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin
melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna.
Dengan resolusi 1.5K yang mengagumkan dan ketumpatan piksel tinggi sebanyak
452 PPI, setiap butiran menjadi seperti di alam realiti dengan
ketepatan yang mengagumkan. Pengguna akan terpukau pada pengalaman visual
yang menakjubkan kerana vivo V29 5G mempamerkan 1.07 bilion warna dan
DCI-P3. Selain itu, vivo V29 5G memberi keutamaan kepada kesihatan mata dan
telah menerima tiga pensijilan perlindungan mata peringkat profesional SGS,
menegaskan komitmen vivo terhadap kesihatan para pengguna.
Memberikan prestasi dan ciri telefon yang mengagumkan
vivo V29 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan
berkuasa. Ia menampilkan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon® 778G,
memastikan prestasi yang baik dan sambungan 5G yang lancar. Dengan Memori 12
GB RAM + 8 GB RAM Tambahan, vivo V29 5G menawarkan penyimpanan yang
mencukupi dan sokongan kukuh untuk sistem operasi. vivo V29 5G juga
dilengkapi dengan Sistem Penyejukkan Bionik VC Ultra Besar, yang membolehkan
telefon pintar melepaskan prestasi optimum dalam pelbagai senario,
memberikan pengalaman yang menakjubkan - sama ada semasa sesi permainan yang
sisirus atau pengalaman sinema yang memukau.
Selain itu, pengecasan pantas 80W yang dikemaskini dan bateri 4600 mAh
membolehkan telefon pintar dicas laju dan selamat, telefon dicaj dari 1% ke
50% hanya dalam masa 18 minit dan menjamin penggunaan yang tahan lama.
Selain itu, vivo V29 5G juga mempunyai ciri tahan habuk IP54 dan tahan air.
Sama ada berada dalam hujan atau berseronok di tepi kolam renang, vivo V29
5G menyediakan rintangan percikan air dan tahan habuk di bawah penggunaan
normal.
Harga, ketersediaan, dan rakan kongsi vivo V29 5G
Bermula hari ini, vivo V29 5G akan berada di dalam pasaran Malaysia dengan
harga RM1,899 untuk pilihan 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB. Pengguna
yang berminat untuk mendapatkan vivo V29 5G boleh menempah awal bermula pada
21 September 2023 dan banyak promosi hebat menanti.
Tempahan awal yang dibuat di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima
naik taraf stor penyimpanan secara percuma.
vivo Malaysia bekerjasama dengan beberapa jenama yang terkenal di Malaysia seperti Grazia, CHAGEE, UCSI, LUSH, Sunway Lagoon, MIX, Godiva, dan Dking yang berkongsi misi dan visi yang sama seperti vivo Malaysia. Kekal bersama vivo Malaysia untuk mengetahui lebih banyak perkembangan terkini dan pengumuman kolaborasi yang mendebarkan di platform media sosial rasmi vivo
Ikuti perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terbaru
vivo di halaman facebook vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo
Malaysia.
Harga vivo V29 5G
Tarikh Pelancaran |
20 September 2023 |
Tarikh Tempahan Awal |
21 September 2023 |
Tarikh Jualan Pertama |
28 September 2023 |
Platform Jualan atas Talian |
|
Promosi Tempahan Awal |
Tempah awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif yang bernilai RM995 Vivo care 1+1* Extended Warranty - RM199 Vivo care 1 tahun pelan perlindungan skrin- RM399 V29 pelindung skrin - RM69 V29 Pelindung Keselamatan - RM69 TWS Earbuds - RM259 Pelanggan yang menempah awal pada 21 September 2023 di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma! (tertakluk kepada terma & syarat) Kedai Konsep vivo yang terpilih: ● Pavilion KL ● KL East Mall ● KL Mid Valley ● Sunway Pyramid ● Gurney Plaza ● Johor Mid Valley Southkey |
RRP |
V29 5G 12+ 256GB for RM1899 V29 5G 12+512GB for RM2099 |
Tentang vivo
vivo merupakan sebuah syarikat teknologi yang mencipta produk-produk
teknologi berdasarkan nilai berpandu rekabentuk, dengan peranti pintar dan
perkhidmatan pintar sebagai intipati. Syarikat ini bertujuan untuk
menghubung antara manusia dan dunia digital. Melalui kreativiti unik, vivo
menyediakan pengguna dengan kehidupan mudah alih dan digital yang semakin
mudah. Mengikut nilai-nilai teras syarikat, termasuklah Benfen*, orientasi
pengguna, nilai berpandu rekabentuk, pembelajaran berterusan dan semangat
pasukan, vivo telah melaksanakan strategi pembangunan mampan dengan visi
untuk menjadi syarikat korporasi kelas dunia yang lebih sihat dan
mampan.
Sambil menghimpun dan membangunkan bakat tempatan terbaik untuk memberikan
kecemerlangan, vivo disokong oleh rangkaian pusat penyelidikan dan
pembangunan di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai dan
Xi'an, fokus kepada pembangunan teknologi pengguna terkini, termasuklah 5G,
kecerdasan reka bentuk industri, sistem imej dan teknologi lain yang akan
datang. vivo juga telah menubuhkan rangkaian pembuatan pintar (termasuk yang
telah diluluskan oleh vivo), dengan kapasiti pengeluaran tahunan hampir 200
juta telefon pintar. Setakat ini, vivo telah mengembangkan rangkaian
jualannya di lebih daripada 60 negara dan kawasan, dan dihargai oleh lebih
daripada 400 juta pengguna di seluruh dunia.
"Benfen" adalah satu ungkapan yang menggambarkan sikap melakukan perkara
yang betul dan melakukan perkara dengan betul – ini merupakan gambaran ideal
misi vivo untuk mencipta nilai untuk masyarakat.
Ikuti perkembangan informasi terkini di halaman rasmi vivo Malaysia
https://www.vivo.com/en/about-vivo/news
Mesti best hp ni
ReplyDelete