Keunikan negeri-negeri di
Malaysia menjadi daya tarikan untuk para pelancong datang ke Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia. Malaysia merupakan
sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah
persekutuan. Terdapat 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan di Semenanjung
Malaysia manakala 2 negeri dan 1 wilayah persekutuan yang lain terletak di
Malaysia Timur (Kepulauan Borneo)
Info ringkas bagi setiap 13 negeri dan 3 wilayah Persekutuan di Malaysia
Jika entri ini terlalu panjang, sila klik nama negeri di
TOC yang ingin anda baca untuk terus ke entri tersebut.
Negeri Perlis
Perlis Indera Kayangan, atau kini dikenali sebagai Perlis Darul Sunnah merupakan negeri terkecil di utara Malaysia. Ketenangan, kehijauan dan keunikan bentuk muka bumi Perlis menjadi daya tarikan utama kehadiran pengunjung. Keharuman dan keenakan harumanis sehingga menjadi rebutan dan permintaan
yang tinggi di seluruh menjadikannya sebagai buah eksklusif dan diiktiraf
sebagai ikon negeri Perlis.
Perlis mempunyai tiga daerah iaitu Arau, Kangar dan Padang
Besar. Ibu negeri Perlis ialah Kangar, yang juga merupakan pusat
pentadbiran negeri. Perlis mempunyai sistem pemerintahan beraja. Arau
merupakan bandar Diraja kerana disitu terletaknya Istana raja.
Negeri Perlis kaya dengan warisan seni dan budaya Melayu yang unik
antaranya seperti seni Tarian Canggung.
Antara tarikan pelancongan di Perlis adalah Padang Besar, destinasi
membeli-belah yang terkenal, Gua Kelam yang menarik minat pelancong yang
menyukai aktiviti merentas hutan, dan Bukit Chabang yang mana bukit
ini terbelah dua ibarat lukisan matahari keluar dengan sawah padi dan
banyak lagi.
Negeri Kedah
Kedah Darul Aman, lebih dikenali sebagai negeri Jelapang Padi kerana mempunyai kawasan sawah padi yang luas terbentang. Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar, yang mana terkenal dengan Kompleks Pekan Rabu. Negeri Kedah mempunyai sistem pemerintahan beraja dan Istana raja terletak di Anak Bukit. Kedah mempunyai mempunyai 12 daerah, dan setiap daerah ada keunikannya tersendiri.
Sejarah Agung negeri kedah iaitu hikayat Merong Mahawangsa
menceritakan kisah asal usul kesultanan dan raja-raja Kedah. Selain itu,
Kedah juga terkenal dengan kemasyhuran Lembah Bujang. Yang mana, pada
suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat perdagangan dan perkembangan agama
Hindu di nusantara.
Kedah banyak tempat menarik yang boleh kunjungi, antaranya seperti Gunug Jerai, Tanjung Dawai, Tasik Beris, dan banyak lagi. Salah satu tempat paling menarik di Kedah adalah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana memiliki pantai-pantai indah, hutan hujan, dan aktiviti-aktiviti air. Setiap 2 tahun akan berlangsung Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarbangsa Langkawi (LIMA) yang mana akan disertai dari pelbagai negera.
Negeri Pulau Pinang
Bila sebut Pulau Pinang mesti teringat nasi Kandar, ataupun jeruk madu Pak Ali. Kalau musim durian, popular dengan Durian Balik Pulau. Tidak ketinggalan Laksa Penang, char kuew tiaw dan pasembor. Boleh dikatakan sekali rasa pasti datang lagi.
Pulau Pinang terletak di barat laut Semananjung Malaysia dan
merupakan sebuah negeri yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pulau dan
tanah besar.Untuk ke Pulau, perlu melalui Jambatan Pulau Pinang 1 dan 2.
Menariknya tentang Jambatan Pulau Pinang kedua ini adalah ia merupakan
jambatan terpanjang di Malaysia dan kelima terpanjang di Asia Tenggara.
Ibu negeri Pulau Pinang adalah Georgetown. Kawasan Georgetown telah
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai keunggulan
sejagat mempamerkan kepelbagaian budaya yang sejati dalam warisan hidup dan
warisan binaan. Lukisan-lukisan dinding yang kreatif dan unik
menghiasi bangunan-bangunan di Georgetown menjadi salah satu daya tarikan
para pelancong.
Pulau pinang antara negeri yang mempunyai banyak tempat menarik untuk
dikunjungi. Antaranya seperti Bukit Bendera, Fort Cornwallis yang
bersejarah, dan Pantai Batu Ferringi yang menarik, taman rama-rama dan
macam-macam lagi,
Negeri Perak
“Kejor Yop Kejor” itulah ungkapan yang popular dikalangan orang Perak terutamanya buat penyokong bola sepak Perak. Perak sebuah negeri yang luas dan mempunyai 12 daerah. Setiap daerah mempunyai tempat menarik yang boleh dikunjungi dan keunikannya tersendiri antaranya seperti loghat Perak. Macam loghat Kuala Kangsar dan Bota, walaupun bunyinya seakan sama sebenarnya banyak perbezaan.
Perak terletak di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia. Ipoh
adalah ibu negeri bagi Negeri Perak. Perak mempunyai sistem pemerintahan
beraja dan Kesultanan Diraja Perak bersusur galurkan dari kesultanan Melayu
Melaka. Bandar diraja terletak di Kuala Kangsar.
Bermacam kisah sejarah terdapat di negeri Perak. Antaranya seperti kisah Kellie's Castle, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Kapal Korek bijih timah di Tanjung Tualang dan bermacam lagi. Salah satu yang kaya dengan warisan sejarah adalah Taiping. Taiping diiktiraf sebagai bandar warisan apabila Majlis Perbandaran Taiping menyenaraikan 31 bangunan dan tempat dibandar itu sebagai yang tertua di Malaysia. Sebelum Ipoh, Taiping adalah ibu negeri Perak sebelum tahun 1937.
Negeri Selangor
Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Ibu
negeri Selangor ialah Shah Alam. Negeri Selangor mempunyai sistem
pemerintahan beraja dan bandar Diraja Selangor terletak di Klang. Selangor
mempunyai 9 daerah. Setiap daerah ada tempat menarik untuk dilawati.
Selangor menawarkan pelbagai destinasi pelancongan seperti Taman
Botani Shah Alam, Istana Alam Shah, Sunway Lagoon Theme Park, Ladang Tebu
Adli Sungai Besar dan bermacam lagi. Begitu juga dengan pusat membeli belah,
di Selangor terdapat bermacam-macam tempat membeli belah seperti Setia City
Mall, Paradigm Mall, The Mines Shopping Mall dan banyak lagi.
Negeri ini mempunyai beberapa kawasan perindustrian penting termasuk
Subang Jaya dan Petaling Jaya. Selain itu, negeri ini terkenal dengan
pelabuhan utama yang terletak di Klang.
Negeri Melaka
Melaka negeri bersejarah atau dikenali sebagai Negeri Hang Tuah yang terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka, bersempadan dengan negara bagian Negeri Sembilan dan Johor di tenggara. Ibu negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka.
Melaka adalah salah satu negeri bersejarah di Malaysia. Oleh sebab
itu, Bandar Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Melaka kaya dengan warisan budaya, yang mana Melaka adalah tempat penting
dalam sejarah Malaysia. Di Melaka masih banyak bangunan bersejarah seperti
bangunan A Famosa,Srt John’s Fort dan pelbagai lagi. Selain itu, Bandar
Melaka pernah menjadi salah satu pelabuhan paling penting dalam perdagangan
rempah-rempah dan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Melaka yang
terkenal.
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terletak di bahagian tengah semenanjung Malaysia. Ibu kota negeri ini ialah Seremban. Negeri Sembilan mempunyai sistem pemerintahan yang unik dengan adat istiadat dan tatacara beraja yang dikenali sebagai "Undang." Negeri ini juga memiliki "Yang di-Pertuan Besar" yang memegang takhta.
Negeri Sembilan mempunyai warisan budaya yang unik dengan seni binaan
tradisional "Rumah Negeri Sembilan" yang cantik dan bersejarah. Adat
istiadat dan kebudayaan Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan adalah
ciri-ciri yang membezakan negeri ini dari negeri-negeri lain di Malaysia.
Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan banyak seperti Port Dickson yang popular dengan pantainya, dan Taman Tasik Seremban yang menarik. Negeri Sembilan juga dikenali dengan seni kraf tradisional seperti tenunan Mengkuang dan persembahan tarian seperti Tarian Caklempong.
Negeri Johor
Johor terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, dan negara Singapura. Ibu negeri bagi Johor adalah Johor Bahru. Negeri Johor mempunyai sistem pemerintahan beraja dan Istana Diraja terletak di Bukit Serene Johor Baharu dan menghadap Selat Johor.
Johor menawarkan pelbagai destinasi pelancongan antaranya seperti
Legoland Malaysia, Istana Bukit Serene, dan Pulau Rawa yang cantik. Manakala
makanan Tradisional bagi negeri Johor adalah seperti Otak-Otak, Kacang Pool,
dan Mee Rebus.
Johor kaya dengan warisan seni dan budaya, antaranya seperi seperti
tarian zapin dan tarian kuda kepang. Keunikan budaya, kemajuan negeri johor
yang pesat, dan keindahan negerinya menjadi tumpuan sebagai destinasi yang
menarik untuk dikunjungi.
Negeri Pahang
Pahang memiliki geografi muka bumi yang luas. Pahang terletak di bahagian tengah semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara bagian Perak, Selangor, Terengganu, dan Johor. Ibu negeri Pahang ialah Kuantan. Negeri Pahang mempunyai sistem pemerintahan beraja dan bandar Diraja Pahang terletak di Pekan, Pahang.
Pahang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik termasuk
Taman Negara, Cameron Higland, Pantai Cherating, dan Tasik
Chini.
Makanan Tradisional Pahang terkenal dengan hidangan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Satar, Asam rong dan Lompat Tikam.
Pahang memiliki seni kraf tradisional seperti tenunan Pandanus dan
persembahan tarian seperti Tarian Inai.
Negeri Terengganu
Terengganu terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia, bersempadan
dengan negeri Kelantan dan Pahang serta menghadap Laut China Selatan. Ibu
negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu dan negeri ini mempunyai 7 daerah.
Negeri Terengganu mempunyai sistem pemerintahan beraja dan Istana Diraja
terletak di Kuala Terengganu.
Terengganu mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik seperti
Pulau Redang yang terkenal dengan pantainya, Tasik Kenyir, dan Masjid
Kristal yang unik, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Pasar Payang dan
bermacam lagi tempat menarik.
Terengganu merupakan salah satu pengeluar utama ikan dan hasil laut dalam sektor perikanan. Sebab itulah terengganu popular dengan keropok losong, keropok lekor, dan keropok keping. Sehingga menjadikan Terengganu terkenal dengan hidangan seperti “Ikan Celup Tepung, Keropok Lekor, Nasi dagang Ikan Kayu, dan Pulut Lepa.
Terengganu memiliki seni kraf tradisional tersendiri seperti ukiran kayu dan seni Batik. Selain itu, Terengganu popular dengan Tarian Ulek dan persembahan Tarian Topeng Cina. Permainan tradisional seperti Gasing dan Wau masih aktif dimainkan di negeri Terengganu
Negeri Kelantan
Kelantan terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia, bersempadan
dengan negeri Terengganu serta menghadap Laut China Selatan. Ibu negeri bagi
Kelantan ialah Kota Bharu dan disini juga terletak Istana Diraja
Kelantan.
Kelantan mmpunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya
seperti Bukit Bunga, Pantai Cahaya Bulan, Pasar Siti Khadijah, dan Kampung
Kraftangan yang menampilkan hasil seni dan tradisional buatan tangan rakyat
tempatan.
Kelantan dikenali sebagai negeri Serambi Makkah dan mempunyai budaya dan seni tradisional yang unik, dan pelbagai makanan yang lazat seperti Nasi Kerabu, Ayam Percik, dan Ketupat Sotong, menjadi destinasi yang menarik untuk dikunjungi.
Negeri Sabah
Sabah terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Di Sabah ada 25 daerah dan mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan suku kaum antaranya seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, dan Sino-Kadazan. Hal ini menyebabkan Sabah mempunyai satu keunikan iaitu mempunyai pelbagai festival dan perayaan seperti Pesta Kaamatan dan Pesta Regatta Lepa.
Sabah mempunyai kepelbagaian alam semula jadi yang mengagumkan
antaranya seperti Gunung Kinabalu dan hutan hujan tropika yang kaya dengan
flora dan fauna.
Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu. Di Sabah juga terkenal dengan pulau-pulau indah seperti Pulau Sipadan yang popular dengan aktiviti menyelam skuba dan snorkeling.
Selain alam semula jadi yang menarik, Sabah menawarkan pelbagai
tempat pelancongan termasuk Pusat Warisan Sabah, Pasar Filipina, dan Pasar
Gaya Street.
Negeri Sarawak
Sarawak terletak di Timur Malaysia, kepulauan Borneo. Sarawak bersempadan dengan negeri Sabah, Kalimantan di Indonesia, dan Laut China Selatan. Sarawak adalah negeri terbesar antara semua negeri di Malaysia dan mempunyai sebanyak 32 daerah. Ibu negeri Sarawak ialah Kuching. Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Melanau, dan Orang Ulu, serta kaum-kaum lain seperti Cina dan Melayu. Sungai Rajang, Sarawak merupakan sungai terpanjang di Malaysia.
Sarawak mempunyai banyak tempat menarik, antaranya seperti Taman
Nasional Bako, yang mana taman ini menawarkan pengalaman mendaki dan
menjelajah hutan hujan yang menarik. Gunung Mulu yang mana gunung ini
terkenal dengan gua-gua besar dan kompleks gua yang indah seperti Gua Angin,
Gua Clearwater dan Gua Deer.
Sarawak memiliki seni kraf tradisional seperti tenunan Pua Kumbu dan alat muzik Sape dan banyak lagi. Selain itu, perayaan Gawai Dayak adalah salah satu perayaan yang penting di Sarawak, merayakan kebudayaan Dayak.
Selain alam semula jadi yang menakjubkan, Sarawak mempunyai pelbagai
tempat menarik untuk dilawati pelancong. Antaranya seperti Kampung Budaya
Sarawak dan Pasar Satok.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, dan merupakan ibu negara bagi Malaysia. Kuala Lumpur menjadi tumpuan para pelabur kerana terkenal sebagai pusat perniagaan, perdagangan, dan kewangan yang penting di Asia Tenggara, antaranya seperti KLCC.
Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan pelancongan seperti Menara
Kembar Petronas (KLCC) Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara dan Istana
Negara. Tempat hiburan dan membeli-belah juga banyak di kawasan ini
antaranya seperti Pavilion KL, MidValley dan Sogo.
Kuala Lumpur menyokong seni dan budaya dengan menganjurkan pameran seni, pertunjukan teater, dan konsert muzik. Di Kuala Lumpur juga banyak festival diadakan seperti Festival Filem Malaysia, Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dan lain-lain lagi.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terkenal dengan kesibukan kota raya.
Pembangunan pesat dn kemajuan Kuala Lumpur menjadikan Malaysia sebuah negara
yang sentiasa didatangi para pelabur untuk melabur. Selain itu Kuala Lumpur
juga turut menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan terletak di pantai barat laut Borneo,
bersempadan dengan negara bagian Sabah dan Brunei. Ibu negeri wilayah ini
ialah Bandar Labuan. Labuan adalah pusat kewangan antarabangsa dengan
kepentingan dalam perbankan, insurans, dan perkhidmatan kewangan.
Labuan menawarkan tarikan pelancongan seperti Pantai Layang-Layangan, PGM Golf Resort Labuan, dan Taman Samudera Labuan. Selain itu, Labuan juga memiliki status perniagaan bebas cukai yang menarik pelabur dan syarikat antarabangsa. Labuan juga mempunyai pelabuhan yang penting dalam perdagangan dan perkapalan.
Di Labuan banyak festival dan pelbagai acara dianjurkan antaranya
seperti Labuan Arts Festival, Labuan International Sea Challenge, Karnival
Pulau Labuan, Karnival Borneo, dan Festival Makanan dan Kraf Labuan dan
macam-macam lagi.
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, bersebelahan dengan negeri Selangor. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran dan kerajaan bagi negara Malaysia. Putrajaya adalah ibu negeri bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Di Putrajaya banyak bangunan pentadbiran yang mempunyai reka bentuk
seni bina moden dan menarik seperti Bangunan Perdana Putra dan Bangunan
Masjid Putra. Di sini juga menekankan kelestarian alam dengan
tumpuan kepada kawasan hijau dan reka bentuk landskap taman yang cantik
dan menarik seperti seperti Taman Botani Putrajaya dan Taman Wetland
Putrajaya.
Putrajaya selalu menjadi tuan rumah bagi acara-acara antarabangsa terutamanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain itu, bermacam acara khas juga dilakukan di Putrajaya seperti Festival Bunga Putrajaya dan Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta.
Indahkan Malaysia, seluruh negeri ada tempat menarik. Kalau jalan-jalan pusing Malaysia jangan lupa bawa roti Gardenia tau. Senang dimakan di mana sahaja. Semoga perkongsi serba ringkas ini membantu anda mengenali negeri-negeri di Malaysia.
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)