7 tips kekal positif dalam bisnes | Anak helang boleh, takkan kita sebagai manusia tidak boleh? Ketahui 2 cara untuk berjaya dalam bisnes yang diambil dari kisah anak burung helang yang hebat.
Kisah anak burung helang yang hebat
Suatu ketika nampak diatas pohon seekor ibu helang sedang mengerami telur-telurnya. Sedikit demi sedikit telur itu mulai menetas dan menampakan isi dalamnya. Terlihat jelas tiga ekor anak helang.
Ibu helang pun sangat bahagia melihat anak-anaknya yang menetas dengan keadaan yang baik.
Pada suatu hari ketika anak-anak helang ini sudah boleh berbicara, ada salah satu diantaranya yang berkata kepada ibunya, ibu apakah saya suatu saat bole terbang jauh seperti ibu? Ibu helang pun menjawab dengan senyuman, pasti boleh, suatu saat kamu juga akan boleh terbang tinggi seperti ibu.
Tepat pada saat ketiga anak helang ini dilatih untuk terbang, anak helang tadi tanpa sengaja terjatuh terperosot dari atas. Kerana kejadian itu, menyebabkan anak helang tadi menjadi trauma untuk belajar terbang.
Ketika saudara-saudara nya sudah boleh terbang, cuma dia sahaja yang belum boleh terbang. Dia pun berkata kepada ibunya, menurut ibu apakah aku benar-benar boleh terbang? Ibunya menjawab, Anakku kalau kamu tidak pernah mencuba merentangkan sayapmu dari sekarang, bila kah kamu akan boleh terbang? Jaga fikiranmu dan lawanlah rasa takut yang ada di dalam dirimu itu.
Ibu tidak akan pernah tahu apakah kamu benar-benar boleh terbang atau tidak kalau kamu tidak pernah mencubanya, yang tahu itu semua hanyalah dirimu sendiri. Mulalah dari sekarang, kerana langkah kecil yang kamu lakukan saat ini akan menjadi awal perubahan dalam hidupmu.
Anak helang itupun mulai fokus, berusaha dan belajar untuk memberanikan dirinya, sampai pada akhirnya dia mampu terbang tinggi seperti saudara-saudaranya yang lain.
Awak, agak-agak adakah kisah anak helang ini dapat memberi motivasi
kepada awak yang membacanya? Dan apakah motivasi yang awak dapat dari kisah anak helang ini? Jom teruskan
membaca.
Motivasi yang boleh kita ambil dari kisah anak helang ini adalah
sesuatu kejayaan itu tidak akan pernah ada kalau hanya sekadar harapan
semata, semuanya harus dimulai dengan jaga pemikiran (MINDSET) kita sertai
bermula dengan sebuah TINDAKAN, walaupun TINDAKAN itu bermula dengan
sekecil-kecil tindakan.
Begitu juga dalam dunia perjalanan bisnes kita. Jika kita mampu menjaga MINDSET, kita akan mampu fokus pada usaha yang kita lakukan. Ini kerana MINDSET umpama nadi yang menghidupkan tindakan dan pergerakan seseorang. Umpama kata, jika seseorang itu menganggap sesuatu perkara yang dilakukan tu adalah penting atau sangat penting. Dia akan berusaha berbuat sehabis baik. Apa juga halangan dan cabaran yang ada di depan, dia akan harungi sebaiknya dengan mudah.
Begitu jugalah dengan tindakan kita. Mulalah dengan satu langkah,
kerana dengan adanya Langkah yang pertama, akan ada Langkah seterusnya
kerana Langkah-langkah inilah yang akan menentukan kemana arah tuju awak.
Serta berusahalah walau dari sekecil-kecil tindakan. Hanya dengan satu
tindakan, akan wujudlah tindakan seterusnya. Lakukan dengan konsisten
tanpa jemu. Percayalah, Allah telah menyatakan "Man Jadda Wa Jada"
Siapa berusaha dia pasti akan Berjaya. Yang penting, Trust the
process.
Kerana minda kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang
berada di depan. Umpama signal penunjuk ke arah kejayaan. Jika kita sibuk sekalipun, semangat itu tidak akan pudar dengan alasan
kejayaan sedang menunggu di depan, kita perlu capai untuk
penuhi kehendak dan impian tu. Kerana itulah MINDSET positif dalam bisnes ini sangat penting jika kita
mahu bisnes yang dijalankan bergerak maju.
Bila MINDSET dijaga, barulah TINDAKAN akan dapat dilakukan dengan
betul dan lebih teratur.
Apakah kita pernah dengar tentang "MINDA POSITIF"?
Ya. Ini yang kita kena fokus. Minda yang positif mampu untuk buat
kita melakukan TINDAKAN secara rasional. Minda positif juga mampu buat
kita berusaha bersungguh-sungguh untuk capai semua impian dan target yang
ditetapkan. Jadi bagaimanakah cara untuk pastikan kita sentiasa kekal
positif samada dari segi minda mahupun tindakan?
Untuk menjawab persoalan itu, disini Atul kongsikan 7 tips cara
untuk kekal positif samada dari segi minda mahupun tindakan yang mana ia mampu membuahkan hasil yang luar biasa dalam bisnes kita.
Semoga tips yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua
Tujuh tips kekal positif dalam bisnes
① Mulakan pagi dengan senyuman
② Berada dalam circle yang positif
Untuk kekal positif samada dari segi minda, percakapan dan tindakan, kita
hendaklah berada dikalangan orang-orang yang positif. Oleh itu, carilah
rakan-rakan yang positif di sekeliling kita. Ini kerana, bila berada
dikalangan mereka, secara automatik kita akan turut bersikap positif.
Barulah kita jauh dari sikap yang mampu memusnahkan impian kita
sendiri.
③ Aktif sertai group support
Dengan sertai group support yang ahli di dalamnya sentiasa sokong
kejayaan kita, sudah pasti kita akan sentiasa bersemangat. Tidak kira
kejayaan kecil mahupun kejayaan besar, ahli dalam group support ini akan
sentiasa memberi sokongan padu pada kita. Tolakan-tolakan ni sangat perlu
untuk kita sentiasa positif, bersemengat dan bertenaga untuk terus
berusaha mengejar impian dan target kita.
④ Rajin membaca, sentiasa belajar dan tingkatkan diri dengan
ilmu
Membaca merupakan amalan mulia. Lagi-lagi dengan membaca buku motivasi, tips kejayaan, kisah hidup atau pengalaman orang yang dah berjaya dalam bidang kita, ia mampu mendidik diri supaya terus bersemangat merealisasikan cita-cita.
Selain itu, pastikan kita sentiasa belajar, tambah ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan bidang yang diceburi. Percayalah, dengan ilmu kita
berpotensi untuk pergi lebih jauh. So, jangan malas untuk tambah ilmu
ya.
⑤ Solat, doa, mengaji
Untuk ini kita kena usaha untuk buat. Hasilnya akan menjadikan kita lebih tenang walau bermacam ujian mendatang. Semuanya dipermudahkan apabila kita menjaganya kerana kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada yang ESA.
Sebaiknya berusahalah untuk solat diawal waktu. Dengan solat awal waktu, hari kita akan terasa lebih panjang sehinggakan banyak kerja dapat disiapkan. Ingatlah dalam Solat ada Kejayaan.
Selain itu, berusahalah bangun di malam hari untuk menunaikan solat sunat seperti tahajud, taubat, baca quran. Ini kerana marketing langit hendaklah dijaga bersungguh-sungguh kerana inilah kunci rezeki mencurah-curah datang dari pelbagai arah.
Seterusnya berusahalah untuk mengaji setiap hari. Mengajilah walaupun hanya 1 Muka surat sehari. Kalau dapat mengaji setiap waktu selepas solat, lagi baik. Istiqamah kunci kejayaan.
Baca: Surah Al kafi 1-10
⑥ Sedekah, kita akan positif, kita akan insaf
Kenapa perlu bersedekah?
Bila kita lihat kesusahan orang lain. Kita akan sedar, masih ramai yang lebih teruk diuji selain kita. Kerana itulah kita perlu melakukan sedekah, dengan sedekah ia mampu mengajar kita erti bersyukur, sekaligus kita dapat muhasabah diri untuk jadi lebih baik dan berusaha untuk lebih berjaya. Dengan bersedekah kerana Allah, tidak akan memiskinkan diri kita, bahkan akan memudahkan urusan kita. InsyaAllah
⑦ Buat Jadual dan To-Do-List
Untuk kekal positif, pengurusan masa perlu diberi keutamaan. Yang ini
penting untuk pastikan masa lebih teratur dan sistematik. Banyak kerja
dapat diselesaikan dengan lebih lancar jika boleh ikut jadual dan
to-do-list yang disenaraikan. Hasilnya sangat membransangkan.
"The More You Give, The More You Get. Believe it!"
Ketahuilah untuk berjaya, jangan putus asa kerana tiada orang berjaya sehari dua, tiada juga orang berjaya tanpa berusaha. Ini kerana semua perlukan masa dan lalui proses tertentu. Trust the Process. 💪💪
Akhir kata, untuk berjaya dalam bisnes atau kehidupan, ingatlah bahawa perkara pertama yang perlu dijaga adalah MINDSET. Dengan mindset yang positif percayalah TINDAKAN kita juga akan bijak, seterusnya akan membuatkan hidup kita akan lebih tenang dan teratur. Kita juga akan dapat lebih fokus dan komited dengan setiap tindakan. Kesannya segala apa dirancang, insyaAllah dapat diatasi dengan baik dan hasilnya pasti luar biasa.
Semoga dapat sesuatu dari pembacaan ini, dan sudilah berkongsi jika entri ini bermanfaat untuk semua.
Terima kasih 😍
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#atulhamid
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)