Duit raya awal dari Shaklee | Rata-rata penguna media sosial mengatakan perbelanjaan bulan Mac 2023 ini agak keras. Ramai yang berkongsi awal bulan Mac perlu beli kelengkapan sekolah, tengah bulan persediaan untuk menyambut puasa Ramadan dan di akhir bulan persediaan menyambut hari raya pula. Semuanya perlu dilakukan dalam bulan sama. Macam persediaan hari raya tu, kalau lambat buat, saiz habislah, warna dicari habislah, tempahan ditutuplah dan macam-macamlah. Lagi terasa bila mereka mempunyai ahli keluarga ramai. Boleh stress tau. Alangkah seronoknya kalau dapat duit raya awal. Boleh juga buat tambah-tambah modal untuk belanja raya. Betul tak?
Duit raya awal dari Shaklee
Alhamdulillah, sejak berdaftar sebagai pengedar Shaklee pada tahun 2013, setiap kali terima bonus pada bulan Ramadan, itulah duit raya yang Atul dapat dari Shaklee. Bonus Shaklee yang Atul dan seluruh pengedar Shaklee Malaysia terima selalunya akan masuk pada 14hb setiap bulan. Memandangkan raya tahun 2023 ini jatuh pada 22hb April, jadi pada tahun ini kami akan dapat duit raya awal dari Shaklee iaitu seminggu sebelum hari raya Aidil Fitri. Alhamdulillah, seronoknya.
Duit raya Shaklee untuk apa?
Memandang Atul terima duit raya Shaklee seminggu sebelum raya, jadi duit raya ini bolehlah digunakan sebagai modal untuk persiapan akhir raya serta untuk lain-lain perbelanjaan yang perlu. Antaranya seperti:
- Beli biskut raya untuk persediaan raya
- Beli barang-barang untuk keperluan raya
- Beli bahan-bahan masak untuk menu hari raya
- Duit raya untuk anak, anak buah dan tetamu yang datang beraya
- Sedekah di bulan ramadan
- Kelengkapan raya seperti baju raya, tudung raya dan pelbagai lagi
- Hadiah buat yang tersayang
- Supplemen untuk persediaan raya dan selepas raya. Maklumlah raya setahun sekali, mesti pelbagai hidangan ada. Jadi, perlu ambil suplemen seperti Omega Guard, vitamin C dan lain-lain lagi
Berapa duit raya yang Shaklee bagi?
Siapa yang boleh dapat duit raya dari Shaklee?
Cara dapatkan duit raya dari Shaklee
1) Guna produk Shaklee
Sekiranya hendak memulakan bisnes Shaklee, Atul cadangkan awak mula amalkan produk Shaklee terlebih dahulu. Sekiranya tidak mengamalkan semua produk, awak boleh bermula dengan salah satu produk Shaklee atau salah satu set Shaklee. Sebagai contoh set puasa Shaklee. Alang-alang dah nak masuk bulan Ramadan kan. Boleh tengok pengalaman Ramadan Atul dengan set puasa Shaklee2) Berkongsi pengalaman menggunakan produk Shaklee
Setelah mengamalkan produk Shaklee mesti diri kita sendiri akan rasai pengalaman dan perbezaan dari sebelum dan selepas mengamalkannya. Jadi pasti kita berasa teruja untuk berkongsi dengan orang lain kebaikan produk Shaklee yang telah kita rasai. Betul tak? Jadi, perkara pertama untuk memulakan bisnes Shaklee adalah dengan berkongsi kebaikan dan pengalaman sendiri menggunakan produk Shaklee di seluruh medium yang ada.Sekiranya berminat hendak dapatkan duit raya dari Shaklee, bolehla terus menghubungi Atul atau klik link untuk daftar keahlian Shaklee. Selepas mendaftar awak perlu hubungi Atul untuk dapatkan konsultansi secara percuma. Atul sebagai upline bersedia untuk membantu awak. Sama-sama kita berusaha untuk berjaya dalam bisnes Shaklee.
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#atulhamid
Tahniah kerana dapat duit raya!
ReplyDeleteBest kan dapat duit raya awal dari Shaklee
ReplyDeleteNice post thank you Jeffery
ReplyDelete