Apa itu intermittent fasting? | Sebenarnya dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mengamalkan intermittent fasting tanpa kita sedari. Hampir semua orang di dunia ini mengamalkannya. Macam mana tu?
Sebelum menjawab persoalan apa itu intermittent fasting, secara
ringkasnya intermittent fasting atau lebih dikenali sebagai IF bukanlah sejenis
diet. Tetapi intermittent fasting adalah sejenis corak pemakanan. Proses
intermittent fasting bukan dibuat dengan tempoh sementara tetapi ia perlu dijadikan
sebagai gaya hidup.
Apakah itu intermittent fasting?
Intermittent fasting merupakan satu kaedah diet yang
melibatkan penyusunan antara waktu makan dengan waktu berpuasa. Proses
intermittent fasting ini menjadikan kita lebih berdisiplin mengikut jadual waktu
makan setiap hari. Ini kerana, intermittent fasting lebih menumpukan pada
waktu bila kita akan makan dan bukannya apa yang kita makan. Menarikkan?
Kaedah utama intermittent fasting adalah berpuasa. Tempoh
masa untuk berpuasa adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian gaya hidup kita. Semua
sedia maklum, puasa amat sinonim dengan orang Islam. Tetapi kaedah intermittent
fasting ini telah menarik minat ramai individu untuk melaksanakannya termasuk
juga individu yang bukan beragama Islam. Ini kerana kaedah intermittent fasting
ini memberi banyak kebaikan terhadap tubuh badan sekiranya mengamalkannya.
Pendekatan intermitten fasting adalah berbeza dengan
pendekatan diet seperti Diet Atkins, Diet Keto,
Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh. Ini kerana diet jenis ini lebih menumpukan
kepada pengaturan menu diet dan jenis makanan yang diambil dalam diet tersebut. Konsep diet seperti ini
memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti. Oleh
itu, konsep ini agak membebankan bagi sesetengah pihak terutamanya jika mereka
sukar untuk memahami ilmu diet yang berkaitan
Sebaliknya, intermittent fasting hanya memerlukan penyusunan
tempoh waktu makan dan waktu berpuasa mengikut tahap dan kesesuaian setiap
individu. Yang paling menariknya, waktu tidur malam juga diambilkira sebagai
tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF
lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.
Tempoh melakukan Intermittent Fasting
Salah satu daya tarikan intermittent fasting ini adalah kita boleh
memilih dan menentukan sendiri berapa lama tempoh untuk kita makan dan berpuasa.
Sekiranya kita masih baru melakukan kaedah intermittent fasting ini, kita boleh
melakukan nisbah 12:12. Sekiranya kita biasa melakukan intermittent fasting,
kita sendiri boleh ubah tempoh dengan jarak puasa yang lebih Panjang. Gambar dibawah
menunjukkan nisbah puasa dan makan sekiranya hendak melakukan intermittent
fasting.
Tempoh berpuasa
- Selalunya bermula selepas waktu akhir makan malam kita. Jika makan malam jam 6 petang, Ini bermakna, waktu intermittent fasting kita bermula pada jam 6 petang
- Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai tempoh berpuasa.
- Sepanjang berpuasa, boleh minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi susu mahupun gula. (kosong)
- Sesetengah kaedah akan menghadkan jumlah kalori harian anda.
- Kita digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa, termasuk
bersenam
Tempoh makan
- Kita sendiri menentukan berapa kali boleh kita makan dan minum mengikut tempoh nisbah yang kita pilih untuk melakukan intermittent fasting.
- Digalakkan mengambil makanan dan minuman yang sihat dan seimbang seperti salad, buah-buahan dan mengamalkan pinggan sihat.
- Sangat digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak.
- Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman proses atau makanan segera.
- Sangat digalakkan untuk mengira pengambilan kalori seharian supaya mendapat hasil yang lebih baik
Walaupun Intermittent fasting tidak ada menu yang khusus, namun amat disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Mengamalkan pinggan sihat seperti suku-suku separuh dan menjaga pengambilan kalori seharian sangat digalakkan supaya tidak berlebihan. Selain itu, sangat dialu-alukan untuk melakukan senaman, bersukan, berkebun atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh agar kekal sihat dan cergas. Jangan tak percaya, dengan mengamalkan intermittent fasting mampu membuatkan kita mendapat berat idaman. Ini cara menarik kurus dengan intermittent fasting Seronokkan, badan sihat, berat ideal pun dapat.
Akhir kata untuk entri kali ini, sebenarnya melatih diri dengan berpuasa
amatlah bagus sekali kerana dengan berpuasa kita dapat melindungi perut dan
tubuh dari berisiko mendapat penyakit. Seperti intermittent fasting,
asasnya sama seperti melakukan ibadah puasa sunat atau puasa di bulan Ramadhan.
Yang membezakannya adalah semasa melakukan intermitten fasting kita boleh minum
air walaupun dalam tempoh berpuasa.
Semoga entri ini dapat menjawab persoalan apa itu intermittent fasting yang selama ini membelengu pemikiran kita semua. Semoga bermanfaat
saya selalu buat if ni. mudah
ReplyDeleteCuya tak pernah cuba...mungkin boleh try.
ReplyDeleteWowo....now I'm learning more about intermittent fasting from this reading. I'm considering to start for my own health too. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteIf ni dah jadi rutin harian gee. Seronok buat dapat juga turunkan berat yg baik dulu😂
ReplyDeleteThanks share info bermanfaat. Kena konsisten buat, lama2 rasa mcm biasa.
ReplyDeletebuat IF santai-santai .. best juga ..yong pun kalau malas 12 jam ja..ehhehe
ReplyDeletePaling lama IF yang saya buat pun boleh tahan 16:8 je. Lebih dari tempoh masa tu pernah juga cuba, tapi badan tak leh nk go dah 😅
ReplyDeleteBagus info Intermitten Fasting macam ni. mudah untuk difahami. salam blogger
ReplyDelete