6 Kesilapan waktu timbang berat | Nombor 6 tu mesti anda suka buatkan? Macam tak percaya je kalau ada yang tak pernah buat! Sebab Atul sendiri pun selalu buat yang nombor 6 tu. Tapi itu dululah, sekarang tak buat dah. hehe Okay jom tengok apa yang silapnya.
6 kesilapan waktu timbang berat badan
1. Timbang setiap hari
2. Timbang pada waktu malam
Anda akan kecewa! Kerana pada malam ni, kita
baru lepas makan, dan berat badan berada pada tahap paling maksimum. Jadi
elakkan timbang waktu malam.
3. Timbang selepas melakukan senaman
Timbang berat badan selepas bersenam selalunya kurang tepat, kerana
kurangnya air dalam badan dan juga otot sedang mengembang serta menyerap air
yang baru masuk ke dalam badan. Kesannya, berat anda akan jadi tidak tepat pada
ketika ini.
4. Timbang berat ketika emosi tidak stabil
Masa
kita emosi, badan kita lebih menyerap banyak air. Jadi, anda akan mengalami
lebihan berat air daripada otot. Berat badan kita berkemungkinan boleh
bertambah sehingga 1-2 KG.
5. Timbang berat ketika datang haid
Elakkan timbang berat ketika datang haid kerana
pada waktu ini berlakunya gangguan hormon yang mungkin boleh mengubah keputusan
berat badan anda
6. Timbang berat di Mall selalunya selepas makan
Yang ni mesti suka buatkan? Haipp tahukah anda, bila anda keluar, pasti mengenakan pakaian yang
tebal, kasut yang berat, jadi pakaian dan kasut ini akan mempengaruhi angka
berat anda. Selain itu, apabila anda keluar, pasti anda akan makan pelbagai
jenis makanan tak kira manis, masin, banyak atau sedikit, ia tetap akan
mempengaruhi berat badan anda. Kecuali kalau anda jenis hati kering, silakanlah
timbang berat di Mall.
So? Anda selalu buat yang mana? haha
Dah dah la tu, kalau taknak stress dengan penimbang, jangan berani nak timbang berat waktu-waktu macam di atas lagi ya. Nanti kecewa. Kalau buat juga? Jangan salahkan penimbang tau!
Baca tentang ketumbit
Jangan lupa komen dan kongsi kalau anda setuju :)
yang terbaik timbang pagi pagi kan .. sebelum breakfast . mmg kena bersahabat baik dgn penimbang kalau nak kurus. kalau lama tak jenguk nnt terkejut heheh
ReplyDeleteselalunya timbang pukul 9 pagi, lepas membuang dan lepas mandi. itulah berat kita yang sebetul betulnya
ReplyDeleteJgnlah nak timbang timbang, hehe. Nnt stress kan.
ReplyDeleteKita timbang sebulan sekali sahaja. Nak timbang hari2 mmg x rajin biasanya keputusan x byk berubah.
Tq atas perkongsian yang sangat bagus ni.... selalu sy main timbang je asal blh je patutlah beray kejap naik kejap turun
ReplyDeleteBaru kak Net tau nak timbang pun ada waktunya. Kat rumah ni takde penimbang. Sebab memang seram kalau tengok jarum tu.. dia sure ke arah 'lebih muatan' hahaha.
ReplyDeleteohh.. sy timbang waktu malam.. no wonder lah sy heran napa malam berat sgat.. pagi pula tak berat.. hahaha
ReplyDeleteHehe betul jugakkan. Sendiri timbang sendiri stress. Selalu timbang awal pagi lepas membuang..
ReplyDeletenasib baik saya baca pos ni, kalau tak selamanya silap!
ReplyDeleteTerima kasih info dan tips sangat berguna, selalu main hentam jer timbang berat badan... kena betulkan apa yang salah
ReplyDelete