Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2022 | Tahun
2022 telah pun menjelma. Sekejap je kita dah masuk bulan kedua untuk tahun
2022. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2021 banyak mengajar kita
semua erti kesyukuran, kekuatan emosi dan keupayaan akal fikiran.
Bahkan diawal tahun 2022 juga ada beberapa buah negeri di landa musibah banjir
dan puting beliung. Keadaan seperti inilah membuatkan kita sangat-sangat
memerlukan wang kecemasan. Perancangan kewangan sangat-sangat penting diwaktu
begini. Bersediakah kita?
Adakah kita semua sudah bersedia untuk berhadapan dengan
tahun 2022 dari pelbagai aspek termasuk kewangan?
Memandangkan Surat Pekeliling Akauntan Negara berkaitan dengan tarikh dan
peraturan pembayaran gaji bulan tahun 2022 telah dikeluarkan, jadi untuk memudahkan
segala urusan pada tahun 2022, hari ini Atul kongsikan Jadual dan Tarikh
Pembayaran Gaji Bulanan penjawat Awam Bagi Tahun 2022.
Maaf tahun ni agak lewat berkongsi dengan anda semua.
Berdasarkan kepada Jadual Gaji 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, terdapat 2 kali pejawat awam
akan menerima gaji awal iaitu bulan Oktober dan bulan
Disember. Selain itu akan menerima gaji seperti biasa.
Dengan adanya jadual gaji ini, berharap bolehlah anda membuat rancangan
kewangan dengan lebih teratur dan sistematik agar semuanya berjalan dengan
lebih lancar pada tahun 2022 ini. Sekaligus dapat menyimpan wang kecemasan
untuk digunapakai ketika musibah atau waktu berlakunya kecemasan secara
tiba-tiba.
Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran gaji
tahun 2022:
Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2022 (klik untuk paparan lebih jelas) |
Disertakan juga bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang
seterusnya:
Bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan seterusnya |
Menerima gaji awal seperti di bulan Oktober (Hari
Deepavali), & bulan Disember (Hari Natal), menyebabkan anda akan
mengalami tempoh yang sangat kritikal kerana perlu menunggu waktu yang agak
lama untuk bulan berikutnya. Oleh itu, rancang kewangan anda sebaik
mungkin agar tidak mengalami masalah kewangan pada bulan tersebut.
Disini Atul sertakan juga, link E-penyata
gaji untuk memudahkan anda membuat semakan penyata gaji secara
dalam talian.
Semoga jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan untuk kakitangan awam 2022 ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih tersusun padan tahun 2022 ini.
Hah, yg jarak jauh sgt next gaji tu, silalah rancang kewangan korang ok.
ReplyDeletetahun ini tak banyak bulan yang dapat gaji awal...
ReplyDeleteWahh!! kena amik tau jugak pasal ni .. penting tu waktu2 kemuncak
ReplyDeleteDengan adanya Jadual pembayaran gaji ni, penjawat-penjawat awam bolehlah merancang kewangan dengan sebaik-baiknya.
ReplyDeletepenting tarikh ni semua. mudah nak atur duit supaya tak terlebih belanja.
ReplyDeleteBagus juga bila ada jadual mcm ni
ReplyDeleteBersedia untuk gaji seterusnya... Tahun takde lah terlalu awal gaji... Maintain je 25hb ...
ReplyDeletekaching kaching..memang kena planning memolek ni
ReplyDelete