Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid | Siapa tidak kenal dengan suami kepada penyayi no 1 negara kita Dato' Seri Siti Nurhaliza, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih popular dikenali sebagai Dato' K. Dato' K merupakan salah seorang usahawan Melayu terkenal di Malaysia.
Sempena sambutan
hari lahir Dato' K yang telah diraikan di kediaman beliau baru-baru ini, Dato' K telah mendedahkan tentang perubahan anaknya Asyraf Khalid setelah menjadi salah
seorang anak didik Dr Azizan Osman di Akademi RichWorks.
Dato' K ucapkan penghargaan kepada Datuk Wira
Dalam satu hantaran
video yang dikongsikan oleh Asyraf, Dato' K telah merakamkan penghargaan kepada
Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang juga merupakan mentor usahawan kerana telah
berjaya mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan
dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Video durasi 10
minit 37 saat telah mendapat tontonan sebanyak 15,000 orang dalam tempoh beberapa
jam sahaja setelah dimuatnaik di laman instagram.
Dulu budak nakal, selalu mengecewakan. kejayaan Asyraf kini, membanggakan bapanya, Dato' K
Dulu Asyraf merupakan seorang budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya. Asyraf juga selalu merasakan dirinya sangat tak berjaya.
Namun begitu, sejak menjadi anak didik Dr Azizan Osman, banyak perubahan berlaku kepada dirinya. Asyraf menyertai kelas bimbingan Usahawan RichWorks bersama Isterinya yang tercinta; Tya Arifin.
Beliau
faham bahawa perjalanannya masih jauh namun begitu beliau sangat bersyukur dengan apa yang
diucapkan oleh bapanya buat pertama kali di hadapan mentornya sendiri.
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.'
"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," kata Asyraf Khalid lagi
Dikesempatan ini Asyraf mengucapkan jutaan terima kasih kepada bapanya
yang telah membesarkan beliau, sentiasa beri bimbingan, tidak berikan beliau kesenangan
dan sentiasa percaya terhadap dirinya meskipun banyak kegagalan dalam hidup
sebelum ini.
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," – Asyraf Khalid
Dr Azizan Osman Mentor Terbaik, Tidak lokek berkongsi ilmu
Bagi Asyraf Khalid,
Datuk Wira Dr Azizan merupakan seorang mentor yang terbaik buat dirinya. Ini
kerana Datuk Wira bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata tetapi
secara menyeluruh termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan Bersama
Tuhan Yang Maha Esa.
Bukan itu sahaja, terserlah nilai-nilai baik di kalangan anak didik Azizan dan RichWorks yang lain telah membuatkan Asyraf menjadi lebih baik lagi.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujar Asyraf Khalid
Dato' K cemburu
dengan Dr. Azizan Osman
Dalam video ucapan Dato' K di hari kelahirannya, beliau menyatakan rasa cemburu dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Ini kerana dengan kemahiran yang dimiliki oleh Datuk Wira telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan di negara kita ini
.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” – Dato' K
Jangan terlalu
bangga dan ego!
Sebelum berakhirnya
ucapan Dato' K, sebagai seorang usahawan yang sudah lama berada dalam dunia perniagaan,
beliau meninggalkan nasihat dan pesanan buat bangsa usahawan yang telah berjaya
supaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dalam perniagaan
mereka, serta individu yang sedang berusaha keras untuk mencapai kejayaan yang
mereka impikan.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” – Dato' K
Kesimpulan, Kejayaan Asyraf Khalid boleh dijadikan contoh dan inspirasi
Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Lihatlah anda semua, jika Asyraf Khalid masih memilih untuk menjadi nakal dan terus
mengecewakan bapanya, tanpa berusaha untuk mencari mentor demi impiannya,
bolehkah beliau berjaya seperti sekarang?
Jika tidak dipecah ruyung, manakan boleh dapat
sagunya; tidak ada jalan mudah untuk berjaya mendapatkan apa yang disasarkan. Peribahasa
ini sangat sesuai untuk para usahawan. Berusahalah, cari jalan buat dengan
betul berdasarkan caranya, kena jalannya, insyaallah pasti berjaya juga.
Usaha yang dilakukan oleh Asyraf bersama isterinya Tya Arifin dan kesabaran dalam mencari ilmu dengan mentor yang tepat melalui kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks telah mendatangkan hasil kejayaan buat Asyraf Khalid dalam perniagaan Mutyara mereka.
Apa yang diajar oleh
mentor, beliau ikut dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berjaya. Hasil perit
jerih usahanya kini telah terbalas, dengan izin Allah SWT telah memberikan sebuah kejayaan kepada
Asyraf. Sebagai anak didik Dr Azizan Osman, kejayaan Asyraf telah
membanggakan bapanya, Dato' K.
“dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,” (Surat An-Najm, Ayat: 39)
Akhir kata, semoga
kisah ini dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada semua untuk terus mengejar
impian supaya kejayaan menjadi milik anda.
Jika ada di antara anda
yang masih sedang gigih berusaha dan tidak kenal erti putus asa dalam dunia
perniagaan, atau masih tidak tahu jalan yang betul bagaimana untuk berjaya, dan
sedang mencari mentor untuk betulkan hala tuju perniagaan, anda boleh ikuti kelas bimbingan usahawan
bersama RichWorks.
Untuk info lanjut berkaitan
Kelas Titanium RichWorks Anjuran Richworks dan Azizan Osman, boleh terus layari
laman web rasmi RichWorks atau sertai channel telegram RichWorks
Percayalah, jika anda
merupakan salah seorang anak didik Dr Azizan Osman, anda juga akan dapat mengecapi
kejayaan seperti Asyraf Khalid.
"Beza antara orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah TINDAKAN! Tindakan yang BERANI dan TINDAKAN LUAR BIASA! - RichWorks."
orang kata nak berjaya tak leh harap family je kan.. tak ada ilmu tak jalan juga kann
ReplyDeleteIlmu yg betul dan mentor yg baik pasti membantu kita utk mencapai kejayaan
ReplyDeleteTak sangka kejayaan Asyraf khalid dari bimbingan Richworks… Tahniah kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana Berjaya melahirkan ramai jutawan perniagaan
ReplyDelete