Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta? | Tahniah kerana puan telah hamil. Seronok rasanya bila dapat tahu diri
sedang hamil anak sendiri di dalam rahim sendiri. Tak terungkap betapa
bahagianya rasa. Jadi, pada waktu inilah penjagaan rapi sangat diperlukan samada
dari segi fizikal, kesihatan mahupun pemakanan. Semua penting dan perlu diberi
perhatian untuk memastikan kesihatan ibu hamil dan kesihatan anak dalam kandungan
berada pada tahap yang baik.
Salah satu cara untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi berada dalam
keadaan baik adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau
vitamin ibu hamil. Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu hamil penting
untuk jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah ia benar atau sekadar mitos yang
menjadi kepercayaan ibu-ibu hamil?
Vitamin ibu hamil
Jika anda sedang hamil atau sedang berusaha untuk
hamil, kemungkinan anda sudah atau sedang mempertimbangkan untuk mengambil
vitamin ibu hamil. Umumnya, vitamin untuk ibu hamil dikenali sebagai vitamin prenatal.
Vitamin prenatal diformulasi khas untuk membantu ibu
hamil mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong tubuhnya dan
bayi yang sedang membesar di dalam kandungannya.
Walau bagaimanapun, terdapat salah faham mengenai
vitamin ini yang telah digembar-gemburkan sehingga menjadi kepercayaan
kebanyakan individu. Jadi, sudah tiba masanya untuk kita bongkar tentang mitos
yang salah ini!
Vitamin Ibu Hamil: Mitos atau Fakta
Berikut adalah 8 mitos tentang vitamin ibu hamil
(vitamin prenatal) dan fakta yang perlu anda tahu:
Mitos #1
👉 Hanya ambil vitamin ibu hamil ketika
mengandung
Fakta:
Ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin
setiap hari walaupun sebelum hamil, sepanjang tempoh kehamilan dan
juga semasa menyusukan bayi.
Kebanyakan fasa tumbesaran utama berlaku pada
minggu-minggu pertama kehamilan, malahan pada ketika anda belum menyedari yang
anda berbadan dua.
Manakala, bagi ibu yang melakukan penyusuan eksklusif pula,
manfaat vitamin yang dimakan disalurkan melalui susu akan dapat menyokong
tumbesaran bayi .
Mitos #2
👉 Semua vitamin ibu hamil adalah sama
Fakta:
Walaupun variasinya sedikit, namun setiap
jenama vitamin ibu hamil mungkin mengandungi vitamin dan dos yang berbeza. Sesetengah
vitamin mengandungi nutrien tambahan yang sememangnya diperlukan oleh ibu
hamil. Ada juga yang dihasilkan untuk wanita yang hanya memerlukan zat besi,
asid folik, kalsium atau sebarang nutrien lain. Oleh itu, pastikan ibu sentiasa
membaca label dan memilih vitamin mengikut keperluan pemakanan.
Mitos #3
👉 Multivitamin mengandungi semua
keperluan
Fakta:
Ibu mungkin memerlukan makanan tambahan
sebelum, semasa dan selepas mengandung. Sebagai contoh, bagi ibu hamil yang
menjangkakan kelahiran bayi kembar atau
lebih, anda mungkin memerlukan lebih banyak vitamin B12. Ibu hamil dengan masalah anemia, mungkin
memerlukan suplemen zat besi.
Manakala, semasa menyusu badan, bayi mungkin
kekurangan vitamin D, jadi berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang
pengambilan sebarang makanan tambahan.
Mitos #4
👉 Vitamin menjadikan ibu lebih sihat dan
kuat
Fakta:
Mengambil vitamin prenatal boleh menyebabkan
ibu mendapat kesan sampingan seperti mual atau sembelit, itupun berlaku jika
ibu hamil mengambil dengan cara yang tidak betul. Untuk mengelakkan mual,
pastikan ibu mengambil dengan cara yang betul. Selain itu, ibu hamil
dikehendaki memakan suplemen bersama makanan atau sebelum tidur, minum air dengan cukup dan
bersenam.
Jika berterusan, berbincanglah dengan doktor
tentang simptom dan cubalah jenama lain.
Mitos #5
👉 Makan vitamin tidak perlu risau akan
diet pemakanan
Fakta:
Ibu hamil harus tahu, kebanyakan vitamin ibu
mengandung tidak merangkumi 100% keperluan nutrien dan vitamin. Terdapat
sesetengah vitamin hanya dapat diserap ke dalam badan melalui makanan. Pengambilan
makanan berkhasiat membantu ibu hamil untuk mengekalkan berat badan seimbang bagi
menyokong perkembangan bayi.
Mitos #6
👉 Wajib mengambil vitamin ibu hamil
Fakta:
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan ibu hamil
untuk mengambil makanan tambahan yang dirumus khas untuk kehamilan. Terdapat
juga multivitamin yang baik dan selamat untuk dimakan sewaktu hamil.
Mitos #7
👉 Tidak perlu vitamin ibu hamil jika makan
dengan seimbang
Fakta:
Setiap individu mempunyai jurang pemakanan
dalam diet harian. Maka vitamin ibu hamil dapat mengisi jurang tersebut. Seorang
wanita hamil memerlukan banyak khasiat tambahan seperti kalsium, kolin, zat
besi, DHA/EPA, folat, vitamin C, vitamin A dan nutrien lain.
Mesti Baca: Set Lengkap Vitamin Ibu Hamil
Tanpa khasiat yang mencukupi, ibu dan bayi akan
terdedah kepada komplikasi sebelum dan selepas kehamilan, seperti:
- Kelahiran pramatang
- Preeklampsia
- Anemia
- Berat bayi lahir rendah
- Kencing manis semasa mengandung
- Kecacatan tiub saraf
Ibu tidak dapat mencegah apa yang mungkin berlaku
sepanjang tempoh kehamilan. Namun anda boleh mengurangkan risikonya dengan
mengutamakan pengambilan nutrien penting.
Mitos #8
👉 Vitamin ibu hamil hanya untuk wanita
hamil yang kurang vitamin
Fakta:
Kebanyakan multivitamin dihasilkan untuk
memberikan ibu yang sedang hamil mineral dan makanan tambahan. Ia untuk
membantu menjaga kesihatan ibu dan mendorong perkembangan janin agar lebih
sihat.
Kebanyakan pakar akan menyarankan wanita yang
merancang kehamilan untuk mengambil vitamin ibu hamil sebelum dan sepanjang
tempoh kehamilan.
Namun begitu, ada sesetengah ibu hamil merasakan vitamin prenatal yang
dimakan menyebabkan ketidakselesaan perut. Tetapi masalah ini boleh diatasi
jika anda mengambil vitamin ibu mengandung selepas makan atau semasa makan,
lebih-lebih lagi buat mereka yang menderita mabuk pagi (morning sickness) atau
jika ada yang tidak kena, segeralah berjumpa dengan pakar untuk buat
pemeriksaan.
Jadi, jalan terbaik untuk ibu hamil adalah sekiranya mempunyai
sebarang keraguan tentang vitamin prenatal yang diambil, bawalah botol vitamin
tersebut semasa pemeriksaan prenatal bulanan atau sebelum
mengambil apa-apa jenis vitamin ibu hamil, lebih baik bertanya pada yang pakar untuk
memastikan sama ada ia sesuai atau tidak di ambil sepanjang proses kehamilan.
Sumber: Hello Doktor
Kesimpulan tanya doktor kalau ada kemusykilan.
ReplyDeleteTerima kasih atul for sharing :)
ReplyDeletevitamin nie sebagai makanan tambahan.. kita tak boleh nak harapkan vitamin semata-mata utk sihat
ReplyDeleteYg penting pengambilan supplement nie kena ada nasihat drp doktor lah..
ReplyDeleteBagus sebenarnya vitamin untuk kandungan tapi orang dulu2 kalau dapat vitamin dari klinik buang konon takut baby besar susah nak beranak.... Tah apa2 je lah :)
ReplyDelete