Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut | Kini terdapat
bermacam-macam jenis wabak dan pencemaran yang melanda seperti Influenza, H1N1,
SARS dan yang terbaru adalah COVID-19.
Penularan wabak COVID-19 berlaku sangat pantas sehingga
ia diklasifikasikan sebagai pendemik. Ini kerana ia telah menular ke seluruh dunia.
Susulan daripada fenomena ini, orang ramai diminta untuk
menjaga kebersihan diri, dan mengutamakan keselamatan diri. Antara
langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan adalah dengan memakai topeng muka
atau penutup hidung dan mulut.
Pemakaian topeng muka atau penutup hidung dan mulut ini lebih
diutamakan kepada individu yang mempunyai gelaja jangkitan wabak. Namun begitu,
kepada individu yang tidak mempunyai gejala jangkitan wabak, mereka juga boleh menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut ini terutama
sekali jika berada di tempat awam, tempat yang padat dengan orang ramai, atau
bersama-sama dengan individu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan wabak.
Untuk entri kali ini, Atul ingin kongsikan beberapa jenis
topeng muka atau penutup mulut yang sesuai digunakan ketika penularan wabak dan
berlakunya pencemaran udara.
Jenis Topeng Muka atau Penutup Hidung dan Mulut yang sesuai digunakan ketika wabak dan pencemaran
Topeng N95
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
penggunaan topeng muka atau penutup hidung dan mulut jenis N95 adalah yang
paling berkesan ketika musim wabak atau berlakunya pencemaran seperti Jerebu
kerana ia dapat menapis partikel sehalus 0.1-0.3 mikron.
Surgical mask
Surgical mask (topeng muka
pembedahan) pula, boleh membantu mengurangkan penyebaran virus. Topeng muka ini boleh membantu melindungi pengguna walaupun dalam ‘limited protection’ (efisiensi yang lebih rendah).
Topeng muka pembedahan ini membantu menghalang titisan partikel dan melindungi daripada terus masuk ke dalam mulut dan hidung si pengguna. Topeng muka ini hanya dapat menapis
12 peratus partikel besar halus yang berukuran sekecil 2-3 mikron yang terampai di
udara berbanding N95
Perbezaan antara Topeng Muka Pembedahan dan Topeng N95 |
Topeng kain
Tahukah anda, pemakaian topeng muka atau penutup hidung
dan mulut jenis kain ini, sebenarnya tidak membantu malah boleh memberikan kesan
buruk kepada si pemakai. Hal ini kerana bakteria yang melekat pada permukaan
kain tidak ditapis dan kemungkinan besar zarah yang lebih halus boleh
sampai ke bahagian organ dalaman seperti paru-paru sehingga boleh memudaratkan
kesihatan. Selain itu, topeng muka jenis kain ini juga akan cepat basah sehingga boleh menyebabkan ketidakselesaan berlaku pada si pemakai.
Pemilihan topeng muka jenis kain ini selalunya disebabkan beberapa faktor seperti kecomelan topeng tersebut. Ini kerana mereka boleh
memilih jenis corak kain yang disukai. Faktor seterusnya mungkin disebabkan
topeng muka seperti N95 dan Surgical mask telah kehabisan stok. Selain itu, topeng jenis kain ini mudah diperoleh dan juga mudah untuk dibuat sendiri.
Faktor-faktor diatas telah menyebabkan orang ramai mengambil
alternatif untuk memakai topeng kain sebagai langkah pencegahan daripada
terkena wabak dan pencemaran yang sedang berlaku.
Jadi, apakah pilihan topeng muka atau penutup hidung pilihan anda?
Berikut, Atul sertakan juga panduan dan cara menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut dengan cara yang betul.
Cara Menggunakan topeng Muka atau penutup hidung dan mulut dengan betul
Perlu diingatkan, sebelum menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut ini, anda dikehendaki untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan topeng terdedah dengan kotoran yang terdapat ditangan anda.
Jangan lupa, selepas menggunakan topeng muka atau penutup hidung dan mulut, pastikan anda melupuskannya dengan cara yang betul.
Akhir kata, sebenarnya pemakaian topeng muka bukanlah jaminan perlindungan 100% bebas jangkitan, Tetapi ia mampu bertindak untuk mengurangkan penyebaran dan jangkitan wabak. Namun, dengan pemakaian topeng muka yang betul, berserta penjagaan
kebersihan tangan, diri dan persekitaran, serta melakukan langkah pencegahan diberi, jangkitan wabak dapat dielakkan dengan lebih berkesan.
Semoga bermanfaat!
Ada cara rupanya nak pakai topeng muka.
ReplyDelete