Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat 7 Bilik Tidur Dan 7 Bilik Air | Semua
orang impikan ada rumah di atas tanah sendiri. Lebih seronok jika rumah tersebut
direka mengikut rekaan yang diimpikan. Begitu juga dengan Atul, rumah banglo 2 tingkat
dan mempunyai kawasan yang luas memang menjadi impian Atul sejak kecil lagi.
Ini kerana Atul mempunyai keluarga yang ramai. Atul rasa sangat seronok jika
dapat berkumpul bersama kaum keluarga. Jadi bagi Atul, pelan rumah yang Atul
kongsikan ini sangat menarik rekaannya.
Pelan Rumah
Banglo 2 Tingkat 7 Bilik Tidur dan 7 Bilik Air (3500 kaki persegi)
Pelan ini baru
di peringkat cadangan dan telah pun diubah oleh klien. Jadi pelan yang lama ni
kami bolehlah kongsikan dengan tuan puan. Kerana susun atur bilik dalam pelan
terkini pun dah tak sama lagi. Inilah kelebihan buat rumah sendiri, boleh ubah
pelan layout rumah sampai puas hati sebelum proses permohonan ke majlis
tempatan di lakukan untuk sijil CCC.
Rumah banglo 2
tingkat dengan rekaan ini sesuai dibina di atas sebidang tanah yang sekurang
kurangnya 6000 ke 7000 kaki persegi. Yang penting saiz tanah tersebut bukan lot
tanah lidi, iaitu tanah yang mempunyai ukuran lebar yang kecil jika
dibandingkan dengan panjangnya.
Rekabentuk luaran rumah ini menggunakan line
groove untuk menaikkan seri rumah ini. Tak adalah rumah ni nampak kosong saja
kan.
Bumbung pula menggunakan atap jenis genting, kerana bentuk bumbung yang digunakan adalah jenis bentuk A. Bumbung genting memerlukan sudut yang sesuai untuk mengelakkan air hujan tidak bocor. Sekiranya anda minat bumbung moden yang lebih mendatar dengan kecerunan yang rendah boleh pertimbangkan untuk bumbung metal decking dan "concrete slab" yang banyak digunakan untuk rumah rumah moden.
Susun atur untuk arah bawah rumah
ini.
Seperti yang
boleh diperhatikan, rumah ini perlu dibina di atas sebidang tanah yang bersaiz
agak luas. Panjang dan lebar maksimum untuk tingkat bawah saja ialah 51 x 58
kaki. Memang luas dan selesa. Sebab bilangan bilik tidur pun sebanyak 7
semuanya.
Ruang tempat letak keretanya memang luas 24 x 20 kaki , boleh menempatkan 2 buah kereta bersaiz sedan (contohnya proton persona) dengan ruang yang luas di antara keduanya. Kurang risau susah nak keluar dari kereta dan berlaga pintu. Sebaik turun dari kereta, terdapat foyer dengan anak tangga untuk melangkah masuk ke ruang tamu.
Bagi menampakkan keluasan rumah ini, ruang tamu & ruang makannya diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Jadi, bolehlah kita adakan majlis kenduri kendara di kawasan ini seperti bacaan tahlil dan kenduri doa selamat. Nak buat majlis makan makan semasa hari raya pun senang.
Ruang tamu yang luas ini boleh menempatkan set sofa & almari perhiasan. Ruang makannya pula boleh menempatkan meja makan bersaiz besar. Sekiranya anda ingin membayangkan luas rumah & pergerakan ahli keluarga selepas diletakkan perabot, boleh saja minta arkitek untuk susun perabot di dalam pelan tersebut.
Ruang tempat letak keretanya memang luas 24 x 20 kaki , boleh menempatkan 2 buah kereta bersaiz sedan (contohnya proton persona) dengan ruang yang luas di antara keduanya. Kurang risau susah nak keluar dari kereta dan berlaga pintu. Sebaik turun dari kereta, terdapat foyer dengan anak tangga untuk melangkah masuk ke ruang tamu.
Bagi menampakkan keluasan rumah ini, ruang tamu & ruang makannya diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Jadi, bolehlah kita adakan majlis kenduri kendara di kawasan ini seperti bacaan tahlil dan kenduri doa selamat. Nak buat majlis makan makan semasa hari raya pun senang.
Ruang tamu yang luas ini boleh menempatkan set sofa & almari perhiasan. Ruang makannya pula boleh menempatkan meja makan bersaiz besar. Sekiranya anda ingin membayangkan luas rumah & pergerakan ahli keluarga selepas diletakkan perabot, boleh saja minta arkitek untuk susun perabot di dalam pelan tersebut.
Pencahayaan semulajadi rumah.
Satu lagi
perkara penting yang wajar kita beri perhatian ialah kedudukan tingkap &
kiblat rumah. Rumah yang dibina dengan mengambil kira arah matahari naik &
terbenam akan mempunyai beberapa kelebihan seperti
- Mudah untuk solat.
- Susunan bilik tidur yang tidak menghadap matahari di petang hari akan menyejukkan bilik tidur pada malamnya.
- Kedudukan tandas yang tidak menghadap kiblat.
- Susunan tingkap di keseluruhan rumah pada lokasi yang strategik supaya rumah tidak kelihatan suram walaupun tanpa lampu dibuka pada siang hari.
Dengan banyaknya tingkap, timbul keperluan untuk
memasang grill bagi melindungi keselamatan penghuninya dari penceroboh. Tapi
tak mengapa, kami boleh bantu uruskan semua ini.
Kepentingan merancang kedudukan
bilik tidur & bilik air tetamu.
Satu perkara penting yang sering kami perhatikan
ialah, kedudukan bilik air tetamu yang pintunya terdedah secara langsung kepada
ruang tamu & ruang makan. Bayangkan tetamu yang sedang makan di meja
ternampak orang keluar masuk bilik air, pasti hilang seleranya kan? Sedangkan
perkara ini boleh kita atasi diperingkat rekaan lagi. Insyaallah pegawai
pemasaran & arkitek terlatih di Nas Nuri Construction akan mengenalpasti
kelemahan pada pelan rumah lebih awal lagi.
Masalah ini telah pun di atasi di dalam pelan ini, kedudukan bilik tidur tetamu & laluan ke bilik air tetamu terletak rapat ke dinding serta sedikit terselindung dari ruang makan. Tetamu boleh bermalam di rumah ini tanpa memberikan gangguan besar kepada tuan rumah kerana pengasingan bilik yang baik ini.
Susun atur bilik tidur untuk ahli
keluarga.
Selain itu,
rumah ini juga mempunyai pengasingan yang baik antara tetamu yang berkunjung
dengan ruang rumah untuk keluarga. Perhatikan gambar di bawah.
Master bedroom & 2 bilik tidur yang lain
dipisahkan dengan ruang makan oleh dinding. Semasa pintu bagi ketiga tiga bilik
ini dibuka, para tetamu yang berkunjung tidak akan nampak keadaan di dalam
bilik tidur tersebut.
Ketiga tiga bilik ini juga dilengkapi dengan bilik air di dalamnya. Master bedroom pula i mempunyaruang wardrobe khas untuk meletakkan almari pakaian & aksesori orang perempuan. Kedudukan master bedroom di aras bawah rumah sangat bagus kerana selepas kita berusia, lutut dan kaki kita tidak cukup kuat lagi untuk mendaki tangga.
Bilik tidur dengan tandas di dalamnya juga sesuai untuk anak perempuan ataupun anak yang sudah berumah tangga menjaga aurat keluarga masing masing semasa bermalam di rumah ibu bapa.
Sekarang ini kita lihat pula ruang dapur.
Susun atur raung dapur banglo
ini.
Laluan masuk ke
dapur juga agak tersembunyi dari ruang makan & ruang tamu. Dapur untuk
rumah ini agak luas dan mempunyai pengasingan antara "wet kitchen"
untuk memasak & "dry kitchen" untuk penyediaan bahan masakan.
Rancang ruang rumah anda
sebaiknya dengan bantuan Perekabentuk Dalaman / Interior Designer.
Sekiranya anda
merancang untuk memasang kabinet di dapur, ataupun membuat meja "counter
top" atau jenis "island" boleh maklumkan pada arkitek atau
perekabentuk dalaman untuk cadangkan susunan yang memanfaatkan ruang. Nasihat
ini juga terpakai untuk keseluruhan rumah, termasuk di ruang tamu.
Bagi memudahkan tuan rumah membasuh baju & menyidainya di ampaian, kedudukan "bilik laundry" diletakkan bersebelahan dengan "wet kitchen". Atau jika anda bercadang untuk meletakkan pengering baju elektrik, boleh saja letakkan di ruang ini.
Sekarang kita lihat pula susunan bilik di tingkat atas.
Bagi memudahkan tuan rumah membasuh baju & menyidainya di ampaian, kedudukan "bilik laundry" diletakkan bersebelahan dengan "wet kitchen". Atau jika anda bercadang untuk meletakkan pengering baju elektrik, boleh saja letakkan di ruang ini.
Sekarang kita lihat pula susunan bilik di tingkat atas.
Susun atur bilik di aras atas.
Atas permintaan
dari tuan rumah, ruang atas mempunyai 3 buah bilik tidur yang masing masing
mempunyai bilik air yang boleh di akses dari dalam bilik tidur sahaja.
Kelebihan rekaan sebegini pada rumah 2 tingkat ialah, memudahkan penjagaan aurat oleh ahli keluarga wanita. Jadi anak anak perempuan boleh tinggal di tingkat atas tanpa perlu memakai tudung dan baju yang menutup aurat walaupun semasa menerima kunjungan tetamu.
3 Bilik tidur ini dihubungkan oleh ruang keluarga. Ruang ini sesuai untuk diletakkan televisyen ataupun almari bacaan untuk anak anak menyiapkan kerja sekolah bersama sama.
Di bawah ini pula adalah pelan cadangan untuk bumbung rumah ini.
Cadangan pelan bumbung rumah 2
tingkat
Rekabentuk
bumbung sangat penting supaya air yang jatuh dari bumbung mengalir dengan baik
& tidak mempunyai kelemahan dari segi rekaan. Rekaan yang lemah akan
menyebabkan banyak masalah seperti air masuk ke dalam rumah semasa hujan lebat
dan tempias.
Rekaan pagar yang dicadangkan.
Rumah yang
dibina menggunakan pembiayaan bank dan dari badan kerajaan seperti LPPSA wajib
mempunyai pagar. Dalam kes rumah ini, terdapat permintaan untuk membina tembok
batu di bahagian tanah yang bersempadankan jalan raya.
Rekabentuk pintu pagar & grill rumah sekadar
cadangan saja. Anda boleh minta corak & pattern pagar yang diminati dari
staf bahagian kemasan kami. Jika anda minat rekaan di atas, pintu pagar jenis
ini dilengkapi dengan peti surat, meter api & air. Kalau nak pasang
autogate pun boleh diuruskan
Di bawah ini kami sertakan pula rupa untuk
bahagian belakang rumah. Boleh perhatikan sendiri kedudukan tingkap yang
disusun untuk pencahayaan yang baik disekeliling rumah.
Sekiranya tanah anda luas saiznya, kos untuk
membina pagar konkrit yang kukuh agak tinggi harganya. Buat permulaan, kita
boleh buat dahulu pagar sementara menggunakan pagar jenis chain link. Jika
tanah anda bersempadankan rumah jiran yang telah membina pagar jenis konkrit,
banyak juga kos dapat kita jimatkan di sana.
Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga
ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang
rumah 2 tingkat & kelebihan yang kita perolehi dengan membinanya sendiri.
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)