Rambut Panjang, siapa yang tidak suka? Majoriti wanita didunia ini gemar sangat mempunyai rambut yang panjang walaupun mereka berhijab.
Begitu juga dengan si jejaka. Ada diantara mereka suka mempunyai pasangan, isteri atau anak perempuan yang mempunyai rambut panjang. Siap ada yang masuk dalam senarai ciri-ciri wanita idaman mesti memiliki rambut yang panjang walaupun berhijab. hehehe Mungkin terpesona dengan kecantikan rambut panjang atau boleh dibelai manja rambut tu. Hanya mereka yang mengetahuinya.
Memang tidak dinafikan, sebenarnya tidak mudah untuk memanjangkan rambut dan menumbuhkan rambut dengan cepat. Rata-rata rambut manusia adalah 100,000 helai dikepala dengan pertumbuhan 3cm per bulan.
Mungkin anda semua sudah mencuba pelbagai cara untuk menumbuhkan rambut dengan lebih cepat tetapi masih tidak mendapatkannya. Ada beberapa tips dan cara boleh dilakukan agar rambut dapat tumbuh dan panjang dengan lebih cepat.
Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Lebih Cepat
Cara Panjangkan Rambut Pertama: Lancarkan Pengaliran Darah Di Kepala
Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, pengaliran darah di bahagian kepala perlu lancar supaya nutrisi dapat diserap lebih banyak dibahagian rambut.
Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat |
Sebelum tidur, cuba tundukkan kepada dan sikat rambut dengan lembut mulai akar hingga hujung rambut. Seeloknya gunakan sikat rambut yang mengurut kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan 'memutar' ke seluruh kulit kepala selama 15 minit.
Cara Panjangkan Rambut Kedua: Memanjakan Rambut
Rambut panjang merupakan rambut yang tua dan cenderung rapuh. Jadi, anda harus menyikatkan dengan berhati-hati. Anda juga harus memilih syampu lembut yang memiliki kandungan pelembap.
☀ Rambut berminyak, dicadangkan untuk menggunakan syampu yang mengandungi lidah buaya.
☀ Rambut kering, anda disarankan untuk menggunakan syampu avokado.
Ingat! Jika tersalah pilih syampu, rambut akan mudah rosak!
Atau anda juga boleh menggunakan Set Penjagaan Rambut Shaklee yang mengandungi syampu, pelembap dan perawatan kulit kepala. Set Penjagaan Rambut Shaklee ini sesuai untuk semua jenis rambut.
Cara Panjangkan Rambut Ketiga: Gunting Hujung Rambut Yang Rosak
Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat |
Cara Panjangkan Rambut Keempat: Biarkan Kulit Kepala Bernafas
Rambut yang tertutup akan menjadikan rambut berminyak dan kotoran berkumpul pada akar rambut. Keadaan ini menyebabkan kulit kepala tidak mampu bernafas. Ini juga turut membuatkan pertumbuhan rambut terganggu.
Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat |
Untuk mendapatkan pertumbuhan rambut yang baik, anda perlu memastikan kawasan kulit kepala dijaga dan sentiasa bersih. Jika anda sering berpeluh atau rambut anda selalu berminyak, anda perlu mencucinya setiap.
Cara Panjangkan Rambut Kelima: Elakkan Stress
Tahukah anda, stress atau tekanan turut memberi kesan pada pertumbuhan rambut. Stress akan menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Jadi anda perlu elakkan diri daripada stress atau perlu kurangkan stress agar pertumbuhan rambut tidak terganggu.Cuba lakukan aktiviti yang mampu menenangkan atau menghilangkan stress anda.
Cara Panjangkan Rambut Keenam: Tidur Yang Cukup
Sebenarnya, salah satu rahsia untuk pertumbuhan rambut yang cepat adalah rehat dan tidur yang mencukupi. Seelok-eloknya tidurlah 7-8 jam sehari.
Semoga tips memanjangkan rambut ini dapat membantu anda mendapatkan rambut panjang yang anda impikan selama ini.
Rupanya kena potong hujung rambut.
ReplyDeletePernah nak panjangkan rambut tapi tulah rambut nampak tak bermaya.
Kalau bby nk panjagkn rambut kne potong rambut..hehe..tp awal2 lmbat..lame2 lebat
ReplyDeleteWow bagus tips ni
ReplyDeleteYe ke
ReplyDeleteSaya pon nak cuba lah