Kebaikan protein soya untuk remaja kekal sihat dan aktif | Fasa remaja merupakan fasa yang paling aktif dan sangat
bertenaga bagi setiap remaja. Ketika fasa ini, setiap remaja mengalami
perkembangan fizikal, emosi dan fisiologi yang sangat pesat, iaitu peringkat
transisi antara peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa.
Jadi, untuk memastikan setiap remaja ini sentiasa aktif,
sihat dan cergas bertenaga, mereka sangat memerlukan nutrisi tambahan seperti
protein soya.
Protein soya merupakan nutrien penting untuk remaja
kekal sihat, bertenaga dan aktif. Pada masa yang sama juga, protein soya ini
membantu menyokong proses tumbesaran dan perkembangan mereka
Kebaikan protein soya untuk remaja kekal sihat dan aktif
1) Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot
Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai
fasa remaja, oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan
mengekalkan jisim otot.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan
protein soya yang mencukupi, ia dapat:
- Membantu menguatkan otot
- Menyokong pembaikan serta pemulihan otot
- Memberi dan mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama
- Memberikan rasa cergas dan lebih bertenaga
2) Menyokong Pertumbuhan Tulang yang Lebih Kuat dan Sihat
Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu
pertumbuhan tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisme
tulang. Soya mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk
tumbesaran yang sihat
3) Menyokong Kitaran Haid Yang Sihat bagi Wanita
Phytoestrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan yang biasanya
ditemui secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kita, termasuk soya,
membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan:
- Mengawal paras estrogen
- Mengawal paras hormone yang sihat
- Mengurangkan tanda-tanda sindrom prahaid (PMS)
4) Mempercepatkan Pembaikan dan Pembaharuan Sel
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang
membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana:
- Membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak.
- Menyokong penghasilan antibodi untuk melawan jangkitan
- Menyokong penghasilan kolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka.
Jadi, bagaimanakah untuk mendapatkan protein soya
terbaik?
Di pasaran kini terdapat banyak sumber protein berasaskan
soya. ESP Shaklee merupakan serbuk protein soya terbaik yang boleh anda amalkan kerana ESP Shaklee mempunyai ciri-ciri serbuk protein terbaik & berkualiti tinggi yang diperlukan oleh tubuh. (Klik untuk baca ciri-ciri tersebut)
Keistimewaan ESP Shaklee adalah:
- Membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan
- Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti
- Mengandungi 9 asid amino
- Tinggi dengan kalsium
- Tanpa Kolesterol
- Protein soya juga membantu menurunkan paras kolesterol
Baca juga: Testimoni ESP Shaklee
Untuk keterangan lanjut tentang Serbuk Protein Shaklee atau berminat untuk dapatkannya boleh hubungi Atul di +60195733761 atau klik gambar dibawah ini
-----------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)