Jawapanya TIDAK. Sebaliknya, pengambilan secara konsisten
protein berasaskan tumbuh-tumbuhan, rendah indeks glisemik dan protein
bukan-GMO membantu dalam pengurusan berat badan.
Ketahui Bagaimana Protein Tumbuhan Tidak Menjadikan Badan Gemuk
Ketahui Bagaimana Protein Tumbuhan Tidak Menjadikan Badan Gemuk
1. Protein membantu memberikan tenaga berkekalan
Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga, ia
adalah sumber rancangan tenaga yang lebih baik untuk jangka masa panjang.
Pencernaan yang perlahan membantu tubuh mengekalkan tenaga sepanjang hari, agar
boleh melakukan lebih banyak aktiviti dalam sehari.
2. Protein membantu mengekalkan ukur lilit pinggang
Apabila digabungkan dengan senaman, protein membantu
pembentukan otot. Ini sering disalahertikan sebagai penambahan berat badan.
Pemakanan tinggi protein meningkatkan metabolism, penggunaan konsisten protein
membantu mengekalkan berat badan. Pastikan memilih serbuk protein yang tidak
mengandungi gula pasir tambahan supaya tidak menambah ukur lilit pinggang.
3. Protein Membentuk Lebih Otot = Lebih Pembakaran Kalori
Protein membentuk dan membina otot. Otot membakar kalori,
lebih banyak otot yang dimiliki, maka lebih banyak kalori tubuh dibakar. Dengan
pengambilan protein secara konsisten, badan dilatih untuk membakar kalori
secara berterusan dan meningkatkan metabolism dan pembakaran lemak
4. Protein Membantu Mengawal Selera dan Mengurangkan Keinginan Makan
Meningkatkan rembesan hormone peptide YY, yang membantu beri
rasa kenyang lebih lama. Hasilnya, ia membantu mengawal selera makan. Kajian
juga menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein mempunyai
kesan yang signifikan dalam mengawal nafsu makan serta pengambilan snek lewat
malam
5. Serbuk Protein Makanan Sihat Yang Mudah
Shake protein adalah cara terbaik untuk menambah protein
tambahan dalam diet. Ia juga bertindak sebagai makanan sihat yang mudah
berbanding makanan sejuk beku atau makanan segera yang berminyak. Mudah diambil
dan disediakan, hanya tambah serbuk protein ke dalam minuman kegemaran atau air
dan goncang untuk tubuh yang lebih sihat, perut yang kenyang dan kulit yang
cantik!
Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk ambil sumber protein ya kerana protein tidak menggemukkan 😍.
Klik link dibawah untuk ketahui
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)