Kalsium amat penting untuk kesihatan tulang. Walau bagaimanapun, untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, anda memerlukan lebih daripada kalsium. Semasa anda menjalani pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian, anda memerlukan lebih banyak kalsium untuk menyokong keperluan perubahan tulang anda.
Jadi, siapakah yang memerlukan lebih kalsium?
Penggemar Kopi
Kafein boleh mengurangkan penyerapan kalsium. Apabila
pengambilan kafein meningkat, lebih banyak kalsium akan disingkirkan melalui
air kencing, menyebabkan jisim tulang yang lebih rendah
Individu Yang Kurang Pengambilan Kalsium Dalam Pemakanan
Kalsium adalah kunci kepada kesihatan tulang. Jika pemakanan
harian anda tidak mengandungi kalsium yang mencukupi, tubuh anda akan mengambil
kalsium dari tulang anda untuk memastikan fungsi sel yang normal. Ini boleh
menyebabkan tulang menjadi rapuh atau osteoporosis
Baca: 10 Jenis Makanan Kaya Kalsium
Baca: 10 Jenis Makanan Kaya Kalsium
Ibu Hamil
Anda seorang ibu hamil? Tahukah anda? Ketika anda hamil, bayi anda sedang
membina tulang dan giginya. Sumber kalsium serta nutrien pembina tulang dan gigi bayi adalah datang daripada ibunya sendiri. Oleh itu, ibu hamil memerlukan bekalan kalsium dan nutrien yang mencukupi untuk pembentukan tulang yang berterusan dan memberikan asas tulang yang lebih kukuh kepada bayi.
Bayi dalam rahim menerima pemakanan dari ibu. Sekiranya ibu tidak mempunyai kalsium dan nutrien pembentukan tulang, ia akan diambil dari tulang simpanan ibu, dan menyebabkan simpanan nutrien berkurangan
Proses pengeluaran ini meletakkan ibu berisiko kerana nutrien boleh dilepaskan ke dalam darah, membawa kepada toksik yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.
Sekiranya badan ibu kekurangan nutrien-nutrien kalsium, ia
akan menyerapkan kalsium daripada tulang-tulang ibu hingga menyebabkan ibu mengalami sakit gigi, dan kejang kaki ketika hamil serta meningkatkan risiko
untuk menghidapi osteoporosis dikemudian hari.
Baca: Cara Atasi Kejang Kaki Ketika Hamil Dengan Mudah
Baca: Cara Atasi Kejang Kaki Ketika Hamil Dengan Mudah
Ibu menyusu
Banyak kajian menunjukkan, si ibu akan kehilangan kepadatan
tulang sekitar 3-5% semasa tempoh penyusuan.
Kehilangan ketumpatan tulang yang tidak dapat dielakkan adalah disebabkan untuk menampung peningkatan permintaan kalsium dan nutrien pembinaan tulang yang lain untuk menyokong perkembangan bayi
Ibu menyusu juga mengalami penurunan kadar estrogen, hormon yang mengekalkan kepadatan tulang, meningkatkan kadar kehilangan tulang ibu.
Individu yang aktif
Aktiviti fizikal bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan
tulang. Walau bagaimana pun, semasa anda menjalani gaya hidup seharian secara aktif, kekurangan atau tidak mengambil kalsium dan nutrien pembentukan tulang, akan meningkatkan risiko osteoporosis dan patah tulang dengan setiap pergerakan yang anda lakukan
Setiap pergerakan otot memerlukan mineral seperti
kalsium dan magnesium. Tahap nutrien yang rendah dalam darah anda akan
menyebabkan badan anda menggunakan simpanan dalam tulang
Penggemar minuman berkarbonat
Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi asid fosforik
yang boleh meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing, terutamanya
jika pengambilan kalsium adalah rendah. Dan hamper semua minuman bergas
kekurangan kalsium.
Penggemar Makanan Masin
Pemakanan yang tinggi dengan garam boleh menyebabkan
kehilangan kalsium dan penguraian tulang. Kajian telah mendapati bahawa wanita
menopause yang mempunyai diet tinggi dengan garam kehilangan lebih banyak
mineral tulang berbanding dengan wanita yang sebaya usia.
Perokok
Kajian telah menunjukkan hubungan langsung antara penggunaan
tembakau dengan kepadatan tulang yang rendah. Perokok juga lebih berisiko
mengalami patah tulang.
Warga Emas
Apabila usia semakin meningkat tua, anda kehilangan ketumpatan tulang dengan lebih cepat kerana kadar pembentukan tulang
anda adalah lebih perlahan berbanding semasa muda. Lebih banyak tulang yang musnah berbanding tulang yang
dibina meningkatkan risiko tulang yang rapuh, patah dan osteoporosis
Wanita Menopause
Tahap estrogen yang rendah selepas menopausejuga menyebabkan kadar pembentukan tulang yang lebih rendah. Disebabkan hormon yang mengekalkan ketumpuan tulang semakin menurun, wanita menopause berisiko tinggi mendapat tulang yang lemah dan rapuh.
Apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda mendapat
nutrien kalsium yang cukup?
1. Ambil makanan kaya dengan kalsium seperti produk tenusu, sayuran berdaun hijau, ikan dan kekacang dan legum
2. Ambil suplemen lebih daripada kalsium
Tahukah anda? Kalsium sahaja tidak mencukupi. Badan kita
memerlukan vitamin dan mineral lain untuk membina tulang yang sihat
Untuk mendapatkan suplemen kalsium yang mengandungi nutrien selain daripada kalsium, anda perlu pastikan botol suplemen kalsium anda turut
mengandungi nutrien ini:
Apakah suplemen kalsium yang mengandungi nutrien lebih
daripada kalsium?
Zaman kini terdapat pelbagai jenis suplemen kalsium. Dalam
banyak-banyak suplemen kalsium yang terdapat di pasaran, satu-satunya suplemen
kalsium yang mengandungi nutrien lebih
dari kalsium adalah Ostematrix
Ostematrix Shaklee diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien
penting termasuk vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk
membina ketumpatan tulang. Kaplet Ostematrix bersaiz kecil dan mudah untuk
ditelan.
Keistimewaan Ostematrix Shaklee
Bukti Peningkatan Kepadatan Tulang
Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas |
Berapa harga dan bagaimana untuk mendapatkan Ostematrix?
Sebotol Ostematrix mengandungi 120 biji, untuk kegunaan
sebulan lebih
Harga sebotol adalah RM61.50 (Klik Untuk dapatkan lebih PENJIMATAN)
Berminat untuk dapatkan Ostemtrix boleh hubungi Atul di
019.573.3761 atau klik sahaja gambar di bawah ini.
--------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)