Apabila negara dilanda
jerebu, ini menunjukkan tahap kualiti udara di kawasan itu telah tercemar. Justeru,
setiap individu dinasihati supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengambil
langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka.
23 tips dan
tindakan yang boleh dilakukan semasa musim jerebu adalah:
1. Peka
dengan laporan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU)
2. Dilarang melakukan pembakaran terbuka
3. Kurangkan
aktiviti fizikal di luar rumah atau bangunan
4. Sentiasa cuba
berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan
menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang bersesuaian
5. Elakkan aktiviti
yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan seperti merokok
6. Sentiasa pastikan
persekitaran di dalam rumah atau bangunan bersih agar kualiti udara juga bersih
7. Tutup tingkap
bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
8. Apabila memandu,
tutup tingkap
rapat dan gunakan penghawa
dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
9. Sekiranya
menunggang motosikal dan basikal, penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah
digunakan
10. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan
berkurangan
12. Basuh tangan, muka dan bahagian kulit yang tededah kepada jerebu dengan sabun dan air bersih
13. Jika mampu pasanglah alat penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier) bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar
14. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
15. Dapatkan rawatan
pakar di klinik atau hospital dengan segera jika keadaan penyakit bertambah
buruk. Mereka juga hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan
16. Sekiranya
keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi
dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut
17. Elakkan
minum air berkafein, bergas dan beralkohol bagi mengelak kehilangan cecair dan
nutrien keluar dari badan
18. Cuci
baju yang terdedah kepada jerebu dan sebaiknya tak menyidai baju di luar rumah
.
.
19. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C, vitamin E dan Omega 3 serta nutrisi-nutrisi lain bagi membantu melawan penyakit dengan menguatkan sistem imun badan. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi air yang boleh membantu mengurangkan pengambilan air.
20. Berhenti
merokok kerana asap rokok boleh menyumbang kepada pencemaran udara dan membahayakan
kesihatan
21. Masak makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar, pilihlah tempat
makan yang tertutup dan berada di dalam bangunan.
22. Kurangkan
makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi
23. Anda
juga boleh mengambil makanan tambahan untuk tingkatkan sistem imun tubuh agar
dapat melawan bakteria kesan daripada jerebu yang melanda.
Baca juga: Jerebu: Punca, Golongan Berisko, Tanda dan Gelaja serta Makanan Tambahan Cadangan Shaklee yang sesuai diambil pada Musim Jerebu
Baca juga: Jerebu: Punca, Golongan Berisko, Tanda dan Gelaja serta Makanan Tambahan Cadangan Shaklee yang sesuai diambil pada Musim Jerebu
Atul doakan semoga tips dan tindakan semasa musim jerebu ini memberi manfaat kepada anda semua.
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di atulhamid@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Nice sharing atul 😊
ReplyDeleteBagus sharing ni!
ReplyDelete