Ahli dermatologi Debra Jaliman, M.D., menerangkan, kolagen adalah "protein yang paling banyak di kulit, yang membentuk 75% hingga 80% kulit anda."
Beliau
juga menyatakan dengan mengambil kolagen telah terbukti mempunyai sifat
antioksidan yang berfungsi melindungi kulit dengan menghadkan pengeluaran
radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
Berikut
adalah 13 Kebaikan Kolagen Pada Kulit
Membaiki
Penampilan Kulit
![]() |
13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit |
Kolagen mampu memperbaiki penampilan kulit dengan meminimumkan garisan dan
kedutan, keanjalan dan tekstur kulit.
Antipenuaan
Dengan
adanya kolagen yang cukup, dapat membantu mengurangkan saiz liang pori, kedutan
dan garis-garis halus yang kelihatan
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Antipenuaan |
“Beberapa kajian menunjukkan bahawa suplemen kolagen boleh membantu memperlahankan penuaan kulit anda dengan mengurangkan kedutan dan kekeringan”
Menghidratkan
Pengambilan
kolagen yang cukup memberi kulit yang lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan
dan masalah kulit mengelupas.
“Dalam satu kajian (2016), wanita yang mengambil suplemen yang mengandungi 2.5-5 gram kolagen selama lapan minggu menunjukkan penghidratan kulit yang meningkatkan, mengalami pengurangan kekeringan kulit yang ketara dan peningkatan keanjalan kulit berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen”
Mengembalikan
Keanjalan Kulit
Kerana
kolagen terdapat di dalam lapisan dermis kulit, ianya membantu meningkatkan
ketegangan kulit, keanjalan dan membuat kulit lebih lembut.
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Kembalikan Keanjalan Kulit |
“Wanita yang mengambil suplemen menunjukkan peningkatan keanjalan kulit dalam kajian 2014.”
Melicinkan
Membantu meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit sekiranya mempunyai paras kolagen yang secukupnya.
Baca juga: Bahaya Suntikan Kolagen
Membantu meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit sekiranya mempunyai paras kolagen yang secukupnya.
Baca juga: Bahaya Suntikan Kolagen
Mencerahkan
Untuk yang bermasalah jeragat dan pigmentasi, elok sangat amalkan kolagen kerana kolagen membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit dengan lebih cepat sekaligus menangani masalah jeragat.
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Mencerahkan |
Untuk yang bermasalah jeragat dan pigmentasi, elok sangat amalkan kolagen kerana kolagen membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit dengan lebih cepat sekaligus menangani masalah jeragat.
Tips
untuk elakkan kehadiran jeragat dikemudian hari adalah dengan megoleskan krim
SPF pada kulit untuk melindungi daripada sinaran UV secara terus
Menghalang Pertumbuhan Jerawat
Kolagen juga membantu membantutkan kehadiran jerawat pada kulit
Kolagen juga membantu membantutkan kehadiran jerawat pada kulit
Kulit
lebih elastik
Mengambil suplemen kolagen boleh menggalakkan pengeluaran protein lain yang membantu membentuk kulit lebih elastik dan elastin
Mengambil suplemen kolagen boleh menggalakkan pengeluaran protein lain yang membantu membentuk kulit lebih elastik dan elastin
Kulit
lebih tebal
Dr.
Jaliman berkata. "Pengambilan kolagen akan membuatkan ketumpatan kolagen
dalam dermis meningkat dengan ketara, jadi kulit menjadi lebih tebal dan garisan
penuaan akan berkurangan." Ini akan membantu anda kelihatan lebih muda, sekaligus
membuatkan kulit lebih tebal, licin, anjal dan tegang.
![]() |
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Kulit Lebih Tebal |
Kulit
berseri
Salah satu faedah kolagen yang paling terkenal ialah keupayaannya untuk menjadikan kulit berseri yang bercahaya. Protein penting ini memberikan keanjalan kepada kulit, membantu ia kelihatan lebih muda dan sihat.
Salah satu faedah kolagen yang paling terkenal ialah keupayaannya untuk menjadikan kulit berseri yang bercahaya. Protein penting ini memberikan keanjalan kepada kulit, membantu ia kelihatan lebih muda dan sihat.
Mengurangkan
selulit
Kolagen juga boleh membantu mengurangkan penampilan selulit yang degil.
Kolagen juga boleh membantu mengurangkan penampilan selulit yang degil.
“Kajian secara rawak pada tahun 2015 terhadap wanita seramai 105 orang, berumur antara 24 hingga 50 tahun yang mengambil kolagen peptida selama enam bulan menunjukkan peningkatan yang jelas dalam tekstur kulit dengan mengurangkan masalah selulit”
Menyuburkan
Selain kulit, dengan kolagen yang cukup, rambut pun akan lebih bersinar dan lebat. Kuku juga akan jadi kuat dan sihat.
Selain kulit, dengan kolagen yang cukup, rambut pun akan lebih bersinar dan lebat. Kuku juga akan jadi kuat dan sihat.
Menegangkan
Di samping kulit, kolagen juga berfungsi menegangkan dan menganjalkan payudara dan punggung
Di samping kulit, kolagen juga berfungsi menegangkan dan menganjalkan payudara dan punggung
Selain untuk kecantikan kulit, kebaikan kolagen juga menyokong kesihatan sendi dan
menguatkan tulang. Ia juga membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya
lembut.
Baca: Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari Ini!
Baca: Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari Ini!
Itulah kebaikan kolagen terhadap kulit yang perlu anda tahu. Menurut Dr.
Jaliman juga, "Pengambilan
kolagen dapat meningkatkan keanjalan kulit dan membantu proses pembaikan kulit
tubuh anda, sehingga mendorong tubuh anda membentuk kolagen baru.” Oleh itu, dengan adanya
kandungan kolagen yang cukup dalam badan, selain membantu kulit kelihatan lebih
sihat, ia juga menjadikan anda kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Sumber: National Center fo Biotechnology Information
Baca juga:
Ciri-ciri Memilih Kolagen Terbaik
Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen
Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh
Betul2. Kolagen pun ada beberapa jenis untuk pembentukan sel kita. Sebab tu we should have active lifestyle so it would make our body to produce it's own collagen sendiri. Kalau nak consume pun tak boleh terlalu awal sebab badan kita akan selalu bergantung kepada out resource.
ReplyDeleteye betul tu. seeloknya amalkan gaya hidup sihat dari semua aspek
Deletebetul.
ReplyDeletemakin meningkat usia, kolagen berkurangan.
maka, kena kot makan suplemen yg betul.
jgn la amik suplemen yg takde pengesahan KKM.
Kena pandai pilih tak kira untuk dalaman atau pun luaran
DeleteSuntikan tu mmg bahaya. Ada saudara yg kena sbb ni.
ReplyDeleteKesian tgk muka dia skrg.
Kena was-was kalau nak pakai produk kat muka ni.
Oh ye ke, saya simpati dengan saudara tuan. Moga boleh cantik kembali.
DeleteBanyak juga khasiat kolagen untuk kulit muka kita especially yang dah mencecah 30-an sebab tanda-tanda penuaan dah mula nampak dengan stress dan kurang vitamin lagi. Memang patut consume product yang ada kolagen ni
ReplyDeleteKalau dah mula nampak tu, memang patut ambil dah tu hihi
Deleteterima kasih atas ilmu baru ini. saya sememangnya kurang ambil tahu tentang produk penjagaan muka dan juga apa itu kolagen ni. baru tahu banyak juga kebaikan kolagen ni. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, ya banyak. Fungsi kolagen bukan untuk kulit je, tapi dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Deletekolagen memng elok untuk kulit muka kita..supaya sentaisa nampak muda je..ehehe..banyak klebeihna kolagen..yang penting kene tau lebih lagi pasal kolagen
ReplyDeleteYa, Penting sangat amik tahu apa yang kita ambil.
DeleteRasa macam umur macma kita ni dah kena start ambil koligen kot hehehe sebab ada juga rasa kedut-kedut kat wajah wakakakaka tapi membantu tips ini dan juga nasihat ini good sharing....
ReplyDeletehihi sila ambil kalau camtu. ;)
Deletesama2, moga bermanfaat.
betul tu. memang kalogen kena amik bila usia sudah meningkat. ini dapat membantu melambatkan proses penuaan. paling penting kalogen yang diambil sesuai dengan badan dan kulit kita
ReplyDeleteye betul tu.
DeleteBaru aje dok bercerita gan anak angkat pasal kolagen ni, dia dok sibuk nak ambik kolagen. Memang bagus bila usia dah meningkat ni ambik kolagen..elok untuk kulit, rambut dan kuku..joint2 badan pun elok nanti.
ReplyDeleteYe Hanny, kolagen memang bagus untuk seluruh tubuh.
DeleteNice sharing kak...cuma nak tambah sedikit, cuba gunakan minyak zaitun. ianya adalah yg paling tinggi antioksidan yg ada hidrotrirosol dan olikontol. Lagi pun sebagai buah barakah kan kak :) cuma mahal jek la...
ReplyDeleteMinyak zaitun memang pilihan terbaik. Masak pun elok guna minyak zaitun kan?
DeleteAkak memang sentiasa mengamalkan pengambilan kolagen ni tau. Umur akak dah masuk lima pulohan tapi budak2 sume puji nampak awet muda, sukanya akak hihi
ReplyDeleteBoleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?
Wah berbunga la hati kak Su dapat pujian camtu. Bagus kak selalu amalkan kolagen. Sebab kolagen ini untuk kesihatan menyeluruh
DeleteKolagen mmg sangt penting untuk tubuh badan kita especially bila semakin tambah usia, penghasilan kolagen semakin menurun sbb tu kita perlu consume kolagen utk kekal awet muda. Umur makin meningkat nie banyk benda nak kne fikir.
ReplyDeletebanyak kena fikir bertambah % stress, jadi boleh dikatakan wajib ambil hehe
DeleteBila dah sampai usia sebegini, memang perlu banyak bantuan kan. Seeloknya amalkan pengambilan supplemen dari usia muda kan - takde la rasa rugi kalau dah tua baru nak makan kan. Kolagen memang penting - Rawlins amalkan BBCollagenPlus dari Hai O
ReplyDeleteBetul Rawlins, seeloknya bila dah cecah 25 tahun tu memang kena ambil setiap hari.
DeleteCollagen is really important, I've started adding it to my routine ever since 3years back especially after having babies have to replenish.
ReplyDeleteGood action! confirm ur skin so pretty & anjal kan?
DeleteSetuju! Makin meningkat umur kulit kite dah kurang collagen. Nak tak nk kene ambik suplement yang boleh membantu meningkatkn collagen kt muka. Baru la cun. hehehe
ReplyDeleteBetul tu faries. Faries lepas ni bolehla on collagen pulak.
DeleteKulit yang cukup collagen memang cantik kan?
ReplyDeleteYe kak Pia, memang cantik sangat kulit jadinya kalau tubuh kita cukup kolagen
DeletePengambilan kolagen memang elok pun untuk kulit kita. Tapi emi curious jugak, kalau pengambilan collagen berlebihan tu agak2 ada kesan sampingan tak pada tubuh badan kita?
ReplyDeleteEmi, seeloknya ambil ikut dos yang ditetapkan agar tidak berlebihan. Sebab itu kalau boleh, pilih suplemen terbaik, yang semulajadi tanpa campuran.
DeleteNice sharing. Btw sy follower br, jemput follow my blog. 🤗
ReplyDeletegood info
ReplyDeleteYes I agree with you, collage memang baik untuk kulit and also joints.
ReplyDeleteSy baru nak cuba ambik kolegen rasa2 masih blm terlambat lg ke sbb skrg umur sy dh masuk 46 tahun
ReplyDeleteboleh puan. sangat digalakkan
Delete