Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua ummat Islam yang meraikannya. Diharapkan semoga Syawal 1440h ini memberi keceriaan dan kegembiraan buat anda semua disamping meraikannya bersama keluarga tersayang
Untuk raya tahun ini, raya pertama giliran beraya dirumah kampung Atul. Tapi, untuk raya kali ini, ada beberapa adik beradik Atul tak dapat beraya bersama, kerana giliran mereka beraya dirumah keluarga mertua.
Jadi untuk hari ini, Atul nak kongsikan serba sedikit gambar beraya di kampung Atul.
|
Bergambar bersama Emak & Abah |
|
Bersalaman dengan emak tercinta |
|
Bersalaman dengan Abah tersayang |
|
Abah & my kids |
|
Dengan kakak kedua tersayang |
|
Mak ngah & my kids |
|
Dengan Kakak Sulung tersayang |
|
Emal & Eizrul |
|
Family kakak sulung, anak 1st & 3rd tak balik raya |
|
Family kakak kedua, ada sorang lagi anaknya tengah bersiap hehe |
|
With my everything, my love, my life - Kakak Dhiyaa |
|
With my everything, my love, my life - Aaqif |
|
Kakak & Ayah |
|
Ayah & Aaqif |
|
Eh tersama dengan langsir pula haha |
|
Abah dengan menantu sulung (biru) & menantu bongsu (pink) |
|
Love from us |
|
Gambar ini pun tak semua yang ada hehe |
Yang dalam gambar ni baru 3 keluarga je iaitu keluarga Atul, Kakak sulong & Kakak kedua. Waktu kami bergambar ni, abang-abang Atul on the way, jadi gambar raya dengan mereka tiada hehe Esok lusa tangkap gambar dengan mereka pula.
Rayakan sebulan hehe
Sebelah petang, keluarga sebelah emak datang beraya. Yang baju biru buat peace tu, abang Atul tau. Yang pegang cawan tu sepupu & tudung biru tu my only 1 makcik (Ibu Saudara) sebelah emak hehe
Gambar juadah raya terlupa nak ambil. Seronok sangat makan hahaha
Okayla, jumpa lagi nanti.
Selamat hari raya semua ;)
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)