27 Rejab 1440H
Salam Israk & Mikraj,
Peristiwa agung dalam sirah Nabi Muhammad SAW
“Maha suci Allah
SWT yang menjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad SAW) pada malam hari dari
Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang diberkati
sekelilingnya, bagi menunjukkan bukti kebesaran Allah SWT, sesungguhnya Allah
SWT Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Isra’: 1)
Peristiwa Israk Mikraj menyaksikan Masjidil Aqsa menjadi
destinasi perantara antara perjalanan dunia (atas muka bumi) dengan perjalanan
seterusnya (ke langit) menuju Sidratul Muntaha sebagai jemputan kepada Nabi
Muhammad SAW bertemu Allah SWT.
Keberkatan itu diperjelaskan dalam ayat pertama surah
al-Isra’ yang juga dapat difahami barakahnya Masjidil Aqsa bukan semata-mata
untuk masjid terbabit sahaja, sebaliknya melebar ke sekelilingnya dengan
perkataan ‘hawlahu.’
Sama-samalah kita mengingati peristiwa besar dalam Sirah Nabi Muhammad SAW
Sama-samalah kita mengingati peristiwa besar dalam Sirah Nabi Muhammad SAW
Salam Israk & Mikraj 1440H
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)