Assalamualaikum & selamat petang
Atul nak tanya, siapa suka makan nasi kerabu? Ada tak yang
suka sangat-sangat, pegi mana-mana kalau boleh mesti nak cari nasi kerabu. Memang
tak jemu lah kalau kerap makan pun
Kalau korang nak tahu, Atul ni baru je belajar makan nasi
kerabu ni. hehe
Pertama kali Atul makan nasi kerabu masa di Merbok, Kedah.
Kawan UiTM Atul buatkan, kebetulan masa tu pergi rumah dia, dia tengah buat
nasi kerabu, jadi merasalah Atul makan.
Tapikan sepatutnya makan nasi kerabu ni letak lauk, gaul
ulam & kelapa parut tu kan, tapi waktu tu atul rasa nasi & kelapa parut
tu sikit je. Memang buat rasa je Hehe almaklumlah, tak reti nak makan.
Tapi, semalam suami bawa pergi 1 kedai ni, kedai ni memang
popular dengan nasi kerabu. Dulu orang panggil kedai tu dengan nama nasi kerabu
KTM Arau. Kalau tak silap Atul, nama tu masih digunakan lagi walapun kedai tu
ada nama sendiri. Sebabnya lokasi kedai tu dekat sangat dengan stesen keretapi
Arau.
Sebelum ni kalau Atul pergi situ, Atul akan ambil nasi lemak & Milo Ais. Memang sedap nasi lemaknya, lauk boleh pilih pulak tu. Milo ais
pun kaw punya! Pekat & manis hehe.
Tapi semalam Atul nak cuba rasa nasi kerabu, & memang terbaik
lah. Rasanya juga kena dengan selera Atul. Semalam Atul ambil nasi kerabu lauk daging tumis kunyit kot hehe (atul pun xtahu nama menu, cuma rasanya ada rasa kunyit) dan keropok.
Manakala suami Atul pulak makan nasi dagang ikan Tongkol
Nasi Kerabu yang Atul makan Semalam |
Keropok untuk dimakan dengan nasi kerabu (tinggal sikit sebab kena makan ngan Aaqif) |
Manakala suami Atul pulak makan nasi dagang ikan Tongkol
Patutla ramai orang yang datang ke kedai ni, walaupun kedainya ke ceruk sikit, dan tak kisahlah kenapa ramai yang kata kedai tu tempat nasi kerabu sedap di Perlis.
Kalau nak tahu, nama kedai tu MEK SITI KANTIN KTMB ARAU.
Disitu ada jual nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang & nasi putih. Pilihan
lauk juga pelbagai.
Kedai MEK SITI KANTIN KTMB ARAU ni buka dari pagi, tapi
tutup Atul tak pasti jam berapa. hehe Jadi
kalau nak makan pagi, nak makan tengahari bolehla datang ke kedai MEK SITI KANTIN
KTMB ARAU ni.
Ini serba sedikit butiran tentang kedai MEK SITI KANTIN KTMB
ARAU:
Alamat:
Arau, 02600 Arau, Perlis, Malaysia
Kordinat: 6.4281221, 100.2700026
Nomber Telefon: +60 13-430 3968
Kordinat: 6.4281221, 100.2700026
Nomber Telefon: +60 13-430 3968
Terima kasih.
Klik Gambar Untuk Order Shaklee
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)