Kejang kaki semasa hamil adalah perkara biasa. Kejang kaki akan menyebabkan ibu hamil
berasa sakit yang teramat sangat.
Kejang kaki sering berlaku ketika tidur pada waktu malam atau semasa bangun pagi.
Keadaan jadi bertambah buruk jika ibu hamil tidur dalam keadaan terlampau sejuk. Atul
sendiri pernah kena kejang kaki ketika hamil, terutamanya ketika melakukan
terlampau banyak pergerakan hingga nak beralih tempat pun menjerit kesakitan.
Punca
kejang kaki semasa hamil
Secara
umumnya, kejang kaki boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tetapi risiko ibu
hamil kena kejang kaki adalah tinggi. Berikut merupakan punca berlakunya kejang
kaki semasa hamil.
- Kekurangan nutrisi seperti magnesium, kalsium dan garam mineral.
- Dehidrasi atau kekurangan cecair dalam tubuh
- Rahim (uterus) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah dibahagian kaki
- Berdiri atau duduk terlalu lama
- Pengaruh hormon kehamilan iaitu progesterone yang mana ia boleh memberi kesan kepada otot kaki
- Otot-otot kaki yang keletihan akan menegang dan kejang sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga
- Terlalu banyak fosforus, ia terdapat di dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bergas
- Berat badan bertambah menyebabkan otot kaki diberi tekanan yang lebih untuk menyokong badan anda
- Peredaran darah yang tidak lancar
Cara
mengatasi kejang kaki semasa hamil
Berikut beberapa langkah untuk mengatasi
kejang kaki ketika hamil:
1. Minum air yang mencukupi untuk elakkan diri daripada terhidrat
1. Minum air yang mencukupi untuk elakkan diri daripada terhidrat
3. Rendam kaki dengan air suam sebelum tidur untuk merehatkan
otot kaki
4. Sapu minyak panas dan urut bahagian kaki sebelum tidur dan selepas melakukan banyak pergerakkan atau kerja
5. Elak otot dari letih seperti berdiri atau duduk terlalu lama
6. Pusing dan gerakkan buku lali dan jari kaki ketika sedang berehat
7. Lakukan senaman ibu hamil
Aktifkan diri dengan melakukan
senaman yang sesuai untuk ibu hamil seperti:
8. Tuaman membantu otot kaki lebih tenang
- Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
- Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat.
- Berenang
9. Pastikan postur sentiasa dalam keadaan betul
- Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh
- Ketika tidur, elakkan tidur dengan jari kaki menghala ke bawah, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa.
11. Minum susu yang kaya dengan kalsium dan nutrisi 3 hari sekali setiap hari
12. Amalkan makan pisang untuk meningkatkan potasium dalam darah
13. Ambil supplemen untuk ibu hamil.
Ibu hamil perlu memastikan dirinya mendapat nutrisi yang cukup. Ibu hamil perlu mengamalkan vitamin seperti zat besi (iron tablet), asid folik, vitamin b kompleks, dan vitamin
c seperti yang diperoleh daripada klinik kesihatan. Keempat-empat vitamin
ini penting untuk kecukupan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu
hamil. Selain itu, ibu hamil wajib memastikan pengambilan nutrisi seperti
kalsium, magnesium, vitamin d dan potassium mencukupi sepanjang proses
mengandung.
Baca: Info tentang Set Hamil Shaklee di sini
Baca: Info tentang Set Hamil Shaklee di sini
B complex dikenali sebagai vitamin
saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon serotonin
iaitu hormon gembira. Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan tekanan
akibat kejang kaki.
OsteMatrix pula mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D
yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan
membantu mengurangkan masalah kejang kaki
Manakala makanan tambahan lengkap
yang kaya dengan nutrisi bagi ibu hamil pula adalah Set Hamil Shaklee. Sila klik
untuk dapatkan info lanjut tentang Makanan tambahan untuk ibu hamil.
Semoga perkongsian ini dapat
memberi manfaat kepada ibu hamil yang selalu kena kejang kaki dan elakkan diri daripada terkena kejang kaki sepanjang proses kehamilan.
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)