Berenang
merupakan aktiviti yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh. Tetapi anda mesti
berwaspada dengan serangan kejang kaki ketika berenang kerana ia boleh
mengancam nyawa. Ini kerana serangan kejang kaki ketika berenang akan menyebabkan
kaki anda kaku sehingga mengakibatkan anda tidak dapat berenang. Kegagalan
untuk berenang membuatkan anda berasa cemas sehingga menyebabkan anda tenggelam
dan lemas.
"Mangsa dilaporkan terjun seorang diri dari bot yang dinaiki untuk berenang ke pantai tanpa memakai jaket keselamatan sebelum mengalami kejang kaki dan tenggelam," kata Ketua Polis Daerah Langkawi. (Sumber: Harian Metro)
Serangan kejang kaki ketika berenang memang kerap berlaku. Ini kerana otot di bahagian kaki menjadi tegang hingga memberi rasa sakit yang amat perit. Terdapat beberapa punca kejang kaki ketika berenang iaitu:
1. Otot dibahagian kaki terlalu letih
2. Penggunaan otot kaki yang berlebihan kerana berenang terlalu lama
3. Tubuh dehidrasi atau kekurangan elektrolit
4. Peredaran darah di kaki tidak lancar
Kejang kaki biasanya berlaku dibahagian:
1. Betis
2. Bahagian punggung ke bawah (sering terjadi pada perenang yang guna kasut renang)
3. Bahagian hadapan dan belakang paha
4. Tapak kaki
Walaupun anda merupakan seorang perenang yang mahir dan tidak pernah diserang kejang kaki ketika berenang, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum berenang anda perlu melakukan beberapa perkara untuk mengelakan diri daripada terkena serangan kejang kaki. Berikut merupakan cara megatasi kejang kaki ketika berenang:
MINUM AIR YANG CUKUP
Sebelum berenang, pastikan anda minum air putih secukupnya supaya tubuh
sentiasa cukup air dan tidak hidrasi. Selain air putih, anda boleh minum air
yang mengandung elektrolit seperti Shaklee Performance Drink kerana ia
mengandungi banyak elektrolit disamping menyalurkan lebih banyak tenaga.
Campuran elektrolit Opti-Lyte proprietari dengan campuran unik karbohidrat sememangnya
dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
LAKUKAN REGANGAN
Sebelum berenang, pastikan anda melakukan regangan terlebih dahulu. Ia
bertujuaan untuk memastikan tubuh dalam keadaan bersedia dan tidak terkejut
untuk melakukan aktiviti renang.
PASTIKAN DAPAT REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP
Pastikan tubuh anda mendapat rehat dan tidur yang cukup untuk elakkan diri
daripada cepat letih dan kehilangan tenaga dengan cepat. Apabila tubuh dapat
tidur dan rehat yang cukup, anda boleh melakukan aktiviti renang dengan lebih
sempurna.
SENTIASA BERSEDIA MENTAL & EMOSI
Anda perlu sentiasa beringat walaupun anda mahir berenang namun anda juga boleh
tenggelam jika berada dalam keadaan cemas. Oleh itu anda dikehendaki sentiasa
bersedia dari segi mental dan emosi supaya ada dapat kawal emosi dan bertenang
sekiranya berlaku kejang kaki ketika berenang, secara tidak langsung anda boleh
elakkan diri daripada rasa cemas. Apabila anda cemas, anda akan bertindak
dengan lebih agresif untuk menyelamatkan diri, sedang ia boleh membahayakan
anda.
AMBIL
SUPLEMEN YANG SESUAI
Anda
dicadangkan untuk mengambil supplement seperti CoQ10
untuk membantu anda lebih cergas dan bertenaga untuk melakukan aktiviti renang
B Complex untuk membantu menenangkan dan
melegakan tekanan otot kaki ketika berenang serta membantu melancarkan
peredaran darah.
OsteMatrix pula mengandungi Kalsium, Magnesium dan
Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot
dan membantu mengurangkan serangan kejang kaki
Vitamin E merupakan
vitamin yang kaya antioksidan. Yang mana ia membantu melegakan kesakitan otot-otot dengan memerangi
radikal bebas yang disebabkan oleh metabolisme oksigen semasa bergerak aktif
terhadap otot kaki.
Sekiranya anda mampu
melakukan regangan didalam air untuk mengurangkan rasa sakit akibat kejang
kaki, antara regangan
yang boleh anda lakukan ialah:
1.
Bengkok lutut ke arah dada, tarik jari kaki dan urut tapak kaki ke arah tumit.
Posisi ini untuk mengurangkan kejang pada bahagian betis dan belakang paha
2. Bengkok lutut ke belakang, tarik jari kaki dan urut tapak kaki ke arah tumit. Posisi ini untuk mengatasi kejang pada bahagian tapak kaki dan hadapan paha
3. Tekan tumit dan jari kaki kearah tapak kaki (seperti penari balet) dan lakukan urutan di bahagian tumit untuk mengatasi kejang di tumit
2. Bengkok lutut ke belakang, tarik jari kaki dan urut tapak kaki ke arah tumit. Posisi ini untuk mengatasi kejang pada bahagian tapak kaki dan hadapan paha
3. Tekan tumit dan jari kaki kearah tapak kaki (seperti penari balet) dan lakukan urutan di bahagian tumit untuk mengatasi kejang di tumit
Namun, untuk lebih
selamat, dinasihatkan supaya anda untuk meminta bantuan daripada orang lain
untuk membantu anda keluar dari dalam air dengan lebih cepat agar dapat
mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Semoga
perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sering melakukan aktiviti
renang.
Terima kasih
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)