Hai semua, nak tahu tak sesuatu yang menarik tentang tulang
kita? Sebenarnya tulang dalam badan kita ni memainkan peranan yang sangat
penting buat kita semua. Sebab itu kita kena sayang tulang kita dan sentiasa
perlu memastikan tulang kita dalam keadaan sihat dan kuat.
Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia |
Tahukah anda, tulang kita terdiri daripda saluran darah dan
sel yang mana amat penting kepada kesihatan keseluruhan tubuh kita. Ia sentiasa
membina semula diri mereka dan berkembang lebih kukuh atau lebih lemah
bergantung kepada betapa aktifnya kita dan betapa baiknya kita membekalkan nutrient
yang diperlukan oleh tulang.
Kita akan mula mengalami kekurangan ketumpatan tulang pada
usia 30 tahun. Jika kita leka membiarkannya, ia boleh membawa kepada
osteoporosis, iaitu satu penyakit senyap di mana tulang menjadi rapuh dan
mereput dengan mudah. Dengan mengamalkan langkah-langkah kecil dalam menjaga
tulang kita hari ini boleh memberikan banyak faedah dalam kehidupan kita di
kemudian hari.
- Osteoporasis dan osteopenia menjejaskan 75% daripada wanita dalam populasi penduduk Asia
- Wanita kehilangan separuh jisim tulang mereka dalam 5-10 tahun yang berikutnya di penghujung menopause
- Lebih daripda 1.5 juta kes patah tulang berlaku setiap tahun disebabkan osteoporosis
- 1 dalam 5 orang lelaki berusia 50 dan ke atas mengalami patah tulang akibat osteoporosis
- 1 dalam 3 orang wanita patah tulang disebabkan osteoporosis
- Wanita
- Genit
- Orang Asia
- Sejarah keluarga
berpenyakit osteoporosis
- Penghisap rokok
- Pemabuk
- Kurang aktiviti
fizikal
- Pintasan gastrik
- Paras testosterone
renda
- Paras tiroid tinggi
Apa Yang Boleh Kita Buat Untuk Mengelakkan Tulang Rapuh
Bersedia Awal – Pengurangan ketumpatan tulang bermula pada
usia sekitar 30 tahun, jadi adalah lebih baik untuk kita buat persediaan ketika
masih muda
Lakukan Senaman Menahan Berat – Senaman yang menahan berat
meningkatkan ketumpatan tulang akan menjadi lebih kuat apabila diberikan
tekanan. Pertimbangan angkat berat, berjalan kaki, berlari, mengembara berjalan
kaki, menari dan bermain tennis antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan
Buat Pilihan Yang Sihat – Jangan merokok, kekalkan berat badan
yang sihat dan hadkan pengambilan alkohol.
Buat yang berminat nak tahu tentang supplement apa yang sesuai
untuk dapatkan tulang kuat dan elak dari tulang rapuh, boleh klik link dibawah
ini.
Fakta Menarik Tentang Tulang |
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
rasanya makin tua ni terasa jugaklah sakit belakang.Kena amalkan supplementlah untuk bantu kuatkan tulang.Dah ler jenis tak suka sangat minum susu
ReplyDeleteHai la tulang .. wajib jaga tulang .. rekod akk bone mass sgt healthy ..
ReplyDeleteThanks untuk artikel yang menarik. Kak min sejak kena slipped disc mmg amik berat betul bab tulang dan saraf. Huishh serik la sakit
ReplyDeletebetul..lebih ramai perempuan yang mengalami osteoporosis.. antara sebabnya bila kita tak jaga pemakanan waktu mengandung dan menyusukan.. anak ambik zat dari mak tapi mak tak top up keperluan badan sendiri.. kena kesedaran dari awal sebenarnya..
ReplyDeleteBagus juga perkongsian ni, lagi 3 tahun nk masuk 3rd series, kalau x jaga betul tulang ni, nanti mcam2 penyakit dpt
ReplyDeleteBila dah berusia ni memang perasan tulang tu dah tak kuat. Lagi-lagi kat kuku memang cepat je patah-patah bila buat kerja melibatkan air. Hihi.. tu pun macam tanda dah reput tulang je.
ReplyDeletepenting untuk jaga tulang dari sekarang. sebab banyak kes kan kalau muda muda dah buat kerja berat ,takut umur berusia pun awal2 lagi dah sakit tulang mcm osteoporosis dan lain2 tu.
ReplyDeletekadang terlupa tentang tulang ni kan? pastu bila dh mula rasa sakit, haaa baru terfikir. bagus sharing mcm gini atul
ReplyDeleteTulang memang kena jaga elok2 kalau x nnt kesannya bila Kita dah tua.
ReplyDeleteKak pip pernah kena masalah Tulang rapuh, mmg berbunyi lutut kalau berjalan.
Doktor sarankan ambil 4 gelas susu sehari, bila di amalkan mmg hilang bunyi2 Kat lutut. And antara sebab Tulang rapuh, doktor syak kerana kak pip dulu coke addict yang agak teruk, so maybe seban tu Tulang rapuh seawal usia 24 tahun satu ketika dulu. Kenangan betul time muda muda dulu.
Jagalah tulang... Memang susah nak bergerak kalau ada masalah sendi dan tulang.. paling utama kekalkan berat badan ideal.. eh.. peringat diri sendiri .. 😅 sebab kengkadang sakit lutut baru nak ingat diet... 🤣
ReplyDeletebila umur makin bertambah ini, memang risau pasal tulang rapuh. sejenis yang tak suka minum susu hahaha.
ReplyDelete