AMARAN BUAT WANITA SELEPAS BERSALIN! 17 GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN - DR ZUBAIDI
Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan |
Menurut perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad
di akaun facebooknya terdapat 17 gejala selepas
bersalin yang perlu diberi perhatian oleh wanita dan tidak boleh dipandang
ringan. Hal ini kerana, Selepas bersalin, kebiasaannya wanita akan melalui
tempoh berpantang bagi memulihkan tenaga sekaligus mengembalikan kesihatan
luaran dan dalaman mereka. Sepanjang tempoh ini,sebenarnya terdapat tanda-tanda
tertentu yang perlu diambil berat oleh wanita dan diperhatikan agar tidak
mengundang bahaya kepada diri mereka. Sekiranya tanda-tanda seperti yang
dinyatakan itu wujud, pemeriksaan segera perlu dilakukan.
Berikut merupakan perkongsian beliau:
Tanda
paling bahaya:
1.
Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku
2.
Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin
kesan
sampingan suntikan epidural, terutamanya duduk atau berdiri.
3.
Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan |
4.
Sakit di bahagian atas abdomen mungkin mengalami sindrom HELLP (berlaku
jika melahirkan kira-kira 48 jam lalu) bersama tanda-tanda berasa amat
penat, muntah, dan berasa loya.
5.
Nafas pendek selepas selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah
beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme
pulmonari).
6.
Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan
otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme
pulmonari.
7.Sakit
pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis
– DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa
maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa panas di
bahagian tersebut.
8.
Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu
mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan
kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.
Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan |
9.
Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil
atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang
antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar,
saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.
10.
Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat
kesan suntikan epidural.
11.
Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.
12.
Sakit perut yang luar biasa terutama pada sekeliling jahitan pembedahan
caesarean.
Gejala Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan |
13.
Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.
14.
Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk
berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas
bersalin (meroyan).
15.
Terlintas untuk membunuh diri.
16.
Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan
dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau
jangkitan saluran kencing.
16.
Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak
dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah
beku (haematoma) pada lubang dubur.
17.
Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.
Kebiasaannya
orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk
mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.
Antaranya
Ekstrak Kacip Fatimah, Kunyit dan Madu selama tempuh ini. Minum air secukupnya
dan makan makanan seimbang.
#tempuhberpantangdrzubaidi
Sumber: FB Dr Zubaidi
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)