Assalamualaikum wbt. Salam sayang buat semua pembaca blog yang super
osem ini
Hari ini Atul hendak berkongsi topik berkaitan tungku bayi / tuam bayi.
Sebelum atul kupas isinya, Atul nak tanya, apa pendapat ibu sekalian,
agak-agak masih relevankah tungku bayi / tuam bayi pada zaman yang serba
canggih ini?
Pengalaman Sendiri
Sebelum teruskan cerita lagi, Atul nak minta maaf pada semua, sepatutnya topik
ni, dah lama Atul kongsikan, tapi tertangguh atas sebab yang tak dapat
dielakkan. Untuk makluman semua, Atul dah selamat bersalin pada 10hb Ogos
2017 aritu secara pembedahan. Atul bersalin awal
sebulan dari tarikh sepatutnya. Kenapa Atul dibedah? Nanti Atul cerita lain
ya? Tapi walau apapun, Atul redha, sudah ketentuan Illahi. Dan Atul bersyukur
kerana Atul & anak selamat serta sihat Alhamdulillah. Ini adalah merupakan
pengalaman berharga buat Atul.
Okay, berbalik pada cerita tuam bayi / tungku bayi ini, nasib baik Atul sempat
siapkan tuam anak Atul. Atul cuma buat balik tuam anak Atul yang sulung. Buang
mana yang dah tak elok, guna mana yang masih boleh diguna lagi. Anak Atul yang
1st dulu pun, Atul buat sendiri juga tuam / tungku bayinya. Bukan Atul taknak
beli, tapi bila kita buat, kita buat dengan penuh kasih sayang, satu lagi,
kita tahu apa isi kandungan dalam tuam / tungku bayi tu. Taklah kita rasa
was-was. Nak guna pun seronok je kan?
Tuam / Tungku bayi masih relavan?
Ha, macam mana ibu sekalian? Dah dapat jawapan? Relevan atau tidak tuam /
tungku bayi pada zaman serba moden ini? Kalau YA, kenapa? Kalau TIDAK, kenapa?
Okay, ini pendapat Atul ye, yang mana tuam / tungku bayi ini masih lagi
relevan dan sangat-sangat diperlukan, tak kira pada zaman lalu, zaman
sekarang mahupun zaman akan datang. Ini kerana, dengan bertuam / bertungku
ini, kita dapat rasai khasiatnya tersendiri.
Kebaikan Bertungku / Bertuam
Antara kebaikan bertungku / bertuam adalah:
✔ Memberikan lebih keselesaan kepada bayi
✔ Mengelakkan dari terjadinya kembung perut pada bayi
✔ Menghangatkan bayi selepas mandi atau waktu sejuk
✔ Meredakan lebam bayi selepas dicucuk
✔ Mengelakkan berlakunya angin pasang (hernia) pada bayi lelaki
✔ Melancarkan peredaran darah
✔ Membuang angin dari dalam tubuh
✔ Membantu bayi tidur lebih lena & kurang menangis
✔ Meredakan bengkak susu (pada ibu)
Jadi, sangat perlukan tuam / tungku bayi ini. Tak kira zaman dan waktu bila
pun 😊
Untuk posting kali ini, Atul nak share tentang cara buat tuam / tungku bayi
sendiri atau dipanggil tuam / tungku bayi DIY berserta herba terpilih yang Atul
gunakan untuk buat tuam / tungku bayi ini.
7 herba terpilih sebagai ramuan tuam bayi / tungku bayi
Tuam bayi / Tungku bayi: Jintan Hitam / Habbatussauda |
Tuam bayi / Tungku bayi: Lada Hitam |
Tuam bayi / Tungku bayi: Halba |
Tuam bayi / Tungku bayi: Halia Bara / Halia Merah Kering |
Tuam bayi / Tungku bayi: Bawang Putih |
Tuam bayi / Tungku bayi: Biji Ketumbar |
Tuam bayi / Tungku bayi: Biji Sawi |
Khasiat herba terpilih sebagai ramuan
1. Jintan Hitam / Habbatussauda
- Bersifat antibakteria
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan
- Mengurangkan masalah perut kembung
- Membantu masalah pencernaan
- Menghangatkan badan
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan
- Mengurangkan masalah perut kembung
- Membantu masalah pencernaan
- Menghangatkan badan
2. Lada Hitam
- Kaya dengan vitamin baik untuk tubuh seperti vitamin C, Vitamin A,
Flavanoid, Karoten & oksidan
- Membantu menghilangkan radikal bebas
- Membantu masalah pencernaan
- Meredakab gas dalam perut akibat kembung perut
- Meningkatkan penyerapan nutrisi
- Membantu menghilangkan radikal bebas
- Membantu masalah pencernaan
- Meredakab gas dalam perut akibat kembung perut
- Meningkatkan penyerapan nutrisi
3. Halba
- Membantu masalah pencernaan
- Membantu masalah kembung perut
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu mengurangkan demam
- Membantu mengeluarkan angin dalam badan
- Membantu masalah radang kulit
- Membantu masalah kembung perut
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu mengurangkan demam
- Membantu mengeluarkan angin dalam badan
- Membantu masalah radang kulit
4. Halia Bara / Halia Merah
- Melembutkan kulit
- Membantu penghadaman makanan
- Mengeluarkan angin dalam badan
- Melegakan demam
- Merawat kesan gatal gigitan serangga
- Merawat resdung
- Mengurangkan sengal-sengal sendi
- Tenaga batin
- Rawatan selepas bersalin
➡ Membantu mengecutkan rahim
- Membantu penghadaman makanan
- Mengeluarkan angin dalam badan
- Melegakan demam
- Merawat kesan gatal gigitan serangga
- Merawat resdung
- Mengurangkan sengal-sengal sendi
- Tenaga batin
- Rawatan selepas bersalin
➡ Membantu mengecutkan rahim
5. Bawang Putih
- Membantu mengeluarkab angin
- Antibiotik semulajadi bertindak untuk mencegah jangkitan
- Membantu masalah pencernaan
- Melancarkan peredaran darah
- Mengandungi vitamin C dan silenium
- Meningkatkan imunisasi tubuh
- Antibiotik semulajadi bertindak untuk mencegah jangkitan
- Membantu masalah pencernaan
- Melancarkan peredaran darah
- Mengandungi vitamin C dan silenium
- Meningkatkan imunisasi tubuh
6. Biji Ketumbar
- Membantu masalah penghadaman
- Merangsang pencernaan
- Menguatkan perut
- Melancarkan pengeluaran air kencing
- Melancarkan peredaran darah
- Merangsang pencernaan
- Menguatkan perut
- Melancarkan pengeluaran air kencing
- Melancarkan peredaran darah
7. Biji Sawi
- Memanaskan tubuh badan
- Melawaskan perut
- Melicinkan salur tali pusat
- Membantu mengeluarkan cacing dalam perut
- Membantu mengelakkan sesak nafas
- Melancarkan peredaran darah
- Melawaskan perut
- Melicinkan salur tali pusat
- Membantu mengeluarkan cacing dalam perut
- Membantu mengelakkan sesak nafas
- Melancarkan peredaran darah
Macam mana? Baguskan herba-herba ni. Sebab itulah selalunya orang yang buat
tuam / tungku bayi akan guna herba-herba terpilih ni. Ada yang guna salah 1
saja. Tapi, bagi Atul, atul gabungkan semua sekali, sebab ianya bagus.
Khasiatnya pun sangatlah bermanfaat. Tiada kesan sampingan pun
Okay, berikut merupakan cara membuat tuam. Buat ibu-ibu, terpulanglah nak buat
tuam saiz yang macam mana. Besar, sederhana atau kecil macam sup bunjut tu
hehe
Macam Atul, masa anak sulung dulu, besar tuam yang atul buat. 1 tuam tu boleh
dapat 3 lagi tuam yang sederhana comel. Hehe tersilap sukat, nasib baik baby
girl, senangla nak guna. Kalau baby boy, tuam besar ni sangat tak sesuai. Tapi
kalau besar, ibu-ibu boleh tumpang bertungku sekali hehehehe. Untuk baby
seelok-eloknya sederhana comel. Tak terlalu kecil, tak terlalu besar
Sukatan yang Atul cadangkan, ambil sesudu atau 2 sudu besar setiap herba,
manakala untuk halia bara, boleh ambil 3-5 ulas, begitu juga dengan bawang
putih, 3-5ulas sahaja. Macam bawang putih tu, tak perlu dibuang kulit, masuk
je dengan kulit2nya sekali.
Kemudian, salai atau goreng tanpa minyak didalam kuali seketika. Kerana untuk
memastikan ia benar-benar kering & tidak mudah dijangkiti kulat.
Akhir sekali, ambil kain 4 segi dalam 3helai. Sedia dibungkus seperti sup bunjut. (Taukan macam mana rupa sup bunjut tu?) hehe
Ibu-ibu ikatkan sekemas boleh. Selepas itu, sedia untuk digunakan. Kain yang digunakan seelok-eloknya jenis cotton flannel kerana ia cepat meresap, tahan lasak & tidak mudah koyak
Nak guna mudah je. Kalau dedulu, Atul tengok kakak buat, dilalukab di lilin,
tapi sekarang dah mudah. Tak perlu guna lilin, hanya guna sterika (iron) je.
Ha..sebelum tuam ke bayi, pastikan ibu rasa dulu ye. Kalau panas kesian kat
bayi, tak pasal2 melecur nanti. Pastikan suam-suam je masa tuam pada bayi tu
tau 😉
Okay, jika ibu-ibu ada tali pusat anak sulung, kedua, ketiga atau ikutlah
berapa orang anak ibu sebelum bayi yang ni, ibu-ibu boleh letak sekali didalam
tuam dengan tali pusat bayi ni. Kata orang-orang tua dulu, mengeratkan atau
pengikat kasih sayang adik-beradik. Wallahua'lam
Tapi kalau taknak letak pun tak apa. Takda masalah.
Okay, extra point yang Atul nak kongsikan dalam post kali ini ialah
bahagian-bahagian yang perlu di tuam / tungku pada bayi.
Bahagian tubuh bayi yang perlu di tuam
➡ Tapak kaki
➡ Betis
➡ Perut
➡ Pinggang
➡ Bahagian Belakang
➡ Tapak kaki
➡Tapak tangan
➡ Kemaluan
➡ Testis (bayi lelaki)
➡ Betis
➡ Perut
➡ Pinggang
➡ Bahagian Belakang
➡ Tapak kaki
➡Tapak tangan
➡ Kemaluan
➡ Testis (bayi lelaki)
Selepas itu, barulah disapukan minyak dan diurut lembut pada bayi serta
dipakaikan barut.
Okay. Selesai dah tentang tuam / tungku yang Atul nak share pada ibu sekalian.
Baca juga: Cara rawat
ulser mulut bayi
Atul harapkan, agar post kali ini memberi manfaat kepada semua ibu diluar sana.
Atul harapkan, agar post kali ini memberi manfaat kepada semua ibu diluar sana.
Oh ya, bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari set berpantang atau set bersalin,
apa kata ibu-ibu mengamalkan set bersalin & berpantang Shaklee yang mana
set ini boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal mahupun
secara pembedahan (czer). Untuk maklumat lanjut mengenai set berpantang
Shaklee, boleh tekan
disini
😉
Begitu juga buat ibu-ibu yang ada masalah berkaitan susu badan seperti susu
kurang, susu sikit, susu takde, ibu-ibu boleh cuba mengamalkan set menyusu
Shaklee. InsyaAllah pasti berhasil. Ibu-ibu pasti terseny girang kerana set
menyusu Shaklee dapat membantu masalah kurang susu badan dikalangan ibu-ibu.
Ramai yang dah berjaya membuktikannya. Boleh tekan disini untuk info lanjut
berkaitan set menyusu Shaklee
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)