Ibu hamil Mengidam |
Begitulah kalau sedang hamil, kalau bukan ibu hamil yang mengidam, encik suami pula yang mengidam. Kadang-kadang sampai kedua-duanya yang mengidam 😂 Mengidam pun kadang-kadang tak tentu masa. Ada yang nak time tu juga, kalau tak dapat, merajuk. Kadang-kadang sampai menangis pun ada. Ada yang boleh delay. Janji dapat, bila-bila pun takpe. Tiada paksaan. Pelikkan? 🤔
Ibu hamil mengidam |
Kalau nak cerita tentang mengidam ni, Ini 1 kisah tentang Atul & tempoyak. Atul sekarang tinggal di Perlis. Di sini, susahla nak dapatkan tempoyak, bekalan tempoyak kat rumah Atul pun tiada.
So, disebabkan teringin sangat nak makan tempoyak, balik je kampung dapat makan macam-macam berasaskan tempoyak seperti
✔ Gulai Tempoyak ikan patin
✔ Gulai Tempoyak ikan tonsan
✔ Sambal tempoyak mentah
✔ Sambal tempe johor (eh masuk jugak hahaha)
✔ Durian fresh
Alhamdulillah 😍 itulah rezeki namanya.
Lepas tu, masa nak balik ke Perlis, kawan suami tapaukan tempoyak baru pula sebekas. Masih manis lagi rasa tempoyaknya
Tempoyak |
Asbab ada bekalan tempoyak, maka, malam tadi terhasillah "Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis"
Asbab sambal tempoyak masak petai ikan bilis inilah bertambah-tambah nasi dibuatnya waktu diner malam tadi. Lepas kempunan Atul nak makan sambal tempoyak masak. ALHAMDULILLAH 😍 Tapi, ingatkan Atul sorang je bertambah nasi, rupa-rupanya encik suami pun sama juga. Hehe diam-diam teringin juga rupanya 😂
So, Meh Atul share resepi Sambal tempoyak masak petai ikan bilis versi Atul yang masak 😄
Bahan-bahannya:
✅Tempoyak
✅Petai
✅Cili masak/cili muda/cili padi/cili kering **
(ikut mana anda suka, kalau Atul, Atul suka cili masak/cili padi, tapi xda stock kat umah, Atul guna cili kering je)
✅Bawang merah selabu **
✅1 ulas bawang putih **
✅1 inci kunyit hidup **
(tadi atul guna sedikit serbuk kunyit sebab kunyit hidup dah habis 😂)
✅daun kunyit (di mayang)
✅serai (di ketuk)
✅sedikit air
✅garam
** tumbuk
Cara memasaknya:
☑ Masukkan sedikit air ke dalam kuali/periuk
☑ Masukkan tempoyak
☑ Kacau seketika
☑ Kemudian masukkan bahan2 yang ditumbuk, serai, daun kunyit & ikan bilis
☑ Kacau sehingga naik bau, masukkan petai.
(Petai ni, kalau nak rangup2 masukkan lewat, tapi kalau nak petai masak sekali, masukan awal pun takpe - terpulang 😄)
☑ masukkan garam ikut sesedap rasa
☑ Lastly kacau sehingga masak 😉
(Kalau pekat, tambah sedikit air, ikut citarasa sendiri nak pekat ke nak cair 😉)
Lastly siap. Hidangkan bersama nasi panas-panas, sedar-sedar bertambah nasi dalam pinggan hehehe 😍
Selamat mencuba & menjamu selera
Oh ya, ada persoalan yang Atul dapat, bolehkah Ibu hamil makan durian?
Secara kesimpulannya, ibu hamil boleh makan 2 ulas durian sehari, namun begitu, jika ada tanda-tanda yang tidak sepatutnya atau kesan yang tidak elok, segeralah berjumpa dengan doktor 😍
Buat ibu hamil yang sedang mencari supplement ketika hamil, Shaklee ada menyediakan SET HAMIL SHAKLEE. Ada beberapa jenis set hamil seperti
☑ Set Hamil Basic
☑ Set Hamil Lengkap
Atul juga sedang mengamalkan set hamil sejak dari awal mengandung anak kedua ni, sehingga kini, Alhamdulillah, semua bacaan bp, hb, urine adalah normal. Kandungan Atul sekarang adalah 34minggu. Alhamdulillah. InsyaAllah 😍
Set Hamil Shaklee |
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)