Hari ini Atul nak share tentang apa yang orang selalu
sebut sebagai healing crisis atau krisis pemulihan.
Kadang-kadang apabila kita makan supplement, kita
tak rasa lebih sihat malah rasa lebih teruk dari sebelumnya. Sebenarnya
kita sedang mengalami healing crisis.
Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth
Swope dari Columbia Unversity ni.
Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Berasa lebih teruk selepas mengambil supplement? |
Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Krisis pemulihan merupakan suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa
pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses
pemulihan, badan seseorang akan mula
menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama
bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik berlaku, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak
selesa, dan ini dimaksudkan sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu
sentiasa didahului dengan krisis pemulihan
Mengapa Berlakunya Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam
nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh.
Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan
merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk
melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan
tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit,
lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui
detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila
anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya,
lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk
kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah
dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula
Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Tanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau
supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan
mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan
semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah
kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis
pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia
menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap
yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses
penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila
tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda
sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau
badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang sama semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang
mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara
yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis
pemulihan yang lebih berat dan jangka panjang proses juga adalah berbeza.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses
Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung
kepada tahap kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari, 2-3 minggu atau
2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas
Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan
Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan
sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas
1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa
perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik,
dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan
apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak
mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak
mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi
anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan
dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik -
memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan
Kemungkinan Punca
Tanda Krisis Penyembuhan
|
Kemungkinan Punca
|
Keletihan, berasa mengantuk
|
Tubuh berasid, fungsi hati yang
lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
|
Sakit kepala, kepala terasa berat
|
Tekanan darah yang tinggi,
tanda-tanda detoksifikasi
|
Demam, demam sedikit, keresahan
|
Metabolisma
meningkat, merangsang fungsi imun badan
|
Cirit-birit, kerap membuang air
besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
|
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa
toksin terkumpul di dalam kolon
|
Kembung, perut bergas
|
Sistem penghadaman yang lemah
|
Ruam, gatal kulit, peluh berbau
busuk, rembesan mukus, kelemumur
|
Fungsi hati yang lemah,
kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
|
Pengeluaran lendir seperti kahak,
hidung berair
|
Fungsi paru-paru lemah,
mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
|
Hidung berdarah
|
Mungkin tanda anemia (tidak cukup
darah merah)
|
Sakit di bahagian otot dan sendi
|
Tubuh berasid, toksin terkumpul di
tempat yang sakit
|
Merasa lebih sakit di bahagian yang
terjejas
|
Proses penyembuhan semakin cepat
|
Insomnia or atau hiperaktif
|
Sistem saraf yang lemah
|
Haid tidak teratur, perubahan pada
kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
|
Ketidakseimbangan hormon, sedang
memperbetulkan hormon
|
Pendarahan ketika membuang air
besar
|
Mungkin buasir
|
Pening, lapar
|
Hipoglisemia (paras gula dalam
darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
|
Loya, sembelit, sedu
|
Sistem penghadaman lemah, masalah
hati
|
Slight Edema (bengkak)
|
Masalah buah pinggang
|
Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing
Crisis)?
Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami
ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAllah.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)